Thursday, December 21, 2006

Cuak

Keputusan peperiksaan semester lepas diuarkan keluar hari ini...


[UPDATE]

Alhamdulillah.. keputusan di dalam lingkungan target awal semester (di akhir semester semua target dah terbang).

I got A for Chess. Eventhough I'm probably the worst chess player ever.

I'm very happy with the result. The best birthday gift ever this year. Now, if only JPA will complete this whole round of perfect gifts by finally installing my money...

Monday, December 18, 2006

Ucapan Terima Kasih

Terima kasih kepada semua yang mengingati Hari Lahir saya yang ke 17... + 5.

Berikut adalah senarai yang memberi hadiah (Macam senarai penerima Anugerah sempena Keputeraan Sultan. Hmm, Sultan punya Hari Jadi, tapi dia yang kena bagi hadiah pada orang? Tak bestnya. Saya lagi best.)

1. Mama - Hehehe.. Kek Keju, dgn duit...
2. Encik ANuar! - Ijho yang comel! Besar banget teddy bearnya!
3. Achik - Beg duit dan Teddy bear yang menyanyikan lagu Krismas. Haha..
4. Mak Ina - Album gambar kaler pink dan ucapan "Selamat Berbahagia". Mahal tu.
5. Nadiah - Key chain Kakashi sensei. (Tak kira.. kau dah dapat loan.. nak hadiah lagi best lagi)
6. Kak Long Aishah - Album gambar dan kad "For you on your wedding". Hui.. Priceless..
7. Mamat - Strawberry yogurt drink. Comelnya mamat!

Special mention untuk nenek, yang masakkan 'kek' Pulut kuning. Kek Kak Yin bak kata Baem. Kek Kak Yin sedap banyak, tak sedap sikit. Yelah, yelah, kek Baem lah yang paling sedap.

Dan terima kasih tidak terhingga juga kepada ramai lagi yang wish di hari itu.

I'm touched.

Tuesday, December 05, 2006

Kemalangan!

Ha.. tidaklah sedashyat (betul ke ejaan ni?) exclamation mark dalam tajuk tu.

Kisahnya begini..

Saya, Mama, Aiman dan Insan mencari tiket ke Puduraya kelmarin (3 Disember) di Melaka Sentral. Jam pukul 4.00 petang. Hari Ahad. Melaka Sentral dipenuhi warga.. warga-warga Malaysia dan hampir 70% warga Indonesia.

Kaunter-kaunter tiket banyak yang mempamerkan papan tanda "Tiket ke Kuala Lumpur hari ini habis". Sudah.. Kalau adapun tiket, pukul 7 ke atas. Risau bila sampai di Puduraya nanti bas ke USJ sudah habis beroperasi.

Penat berpusing ke semua kaunter bas Melaka Sentral, terjumpa kaunter Metrobas Ekspress. Tiket-tiket petangnya semua habis. Ada bas VIP ke KL pukul 5, tapi satu tiket RM45. Mengarut! Bila ditanya, rupa-rupanya masih ada tiket biasa untuk perjalanan pukul 7.30 malam ke KL dan Subang Jaya. Hmm, jika bas terus ke Subang, tak payah risau tertinggal bas di Pudu. Itupun, pada mulanya jurujualnya enggan menjual tiket kanak-kanak.

"Tempat duduk dewasa aja hari ini." Geram saya. Betul-betul geram.

"Kalau macam tu, saya pangku budak-budak ini boleh?"

Dia diam. Kemudian dengan menarik muka dia meminta 2 tiket kanak-kanak dan 2 tiket dewasa kepada seorang lagi jurujual di belakang kaunter. Hah! Adapun. Jumlah kesemua tiket RM30.

Hampir 4 jam kami menunggu di Melaka Sentral ini. Sempat makan di Kedai Nasi Ayam Malaysia dan Solat jama' Maghrib dan Isya' di Surau. Betul-betul pukul 7.30 kami bergegas ke Pintu H. Bas itu sudahpun penuh. Tempat duduk kami 4 kerusi sebelum barisan terakhir. Insan duduk betul-betul di sebelah Pintu Kecemasan. Sempat saya berlawak,

"Eh? Insan duduk sebelah Pintu Kecemasan? Nanti kalau ada kecemasan Insan bukak tau." Insan hanya tersengih.

Ada penumpang berkopiah hijau naik bersama seorang anak lelakinya yang berumur kira-kira 4 tahun. Tiada tempat duduk lebih lagi rasanya ketika dia membeli tiketnya kerana dia memangku budak kecil itu di tempat duduk paling belakang. Anaknya merengek-rengek kerana tidak selesa. Dia memujuk anaknya dengan mengatakan dengan duduk di tempat itu dia dapat lihat semua orang di hadapan. Kasihan amat saya padanya.

Sebelum bas mula berjalan, pemandu bas memberi arahan sebegini

"Saya mintaklah kepada semua yang membawa makanan dan minuman, tolong jaga kebersihan bas ini." Oh, okay.. Saya menyuruh Aiman dan Insan membaca doa. Sebenarnya saya tak hafal doa naik kenderaan. Jadi, saya mengaminkan saja doa mereka.

Bas mula bergerak. Aiman mengeluarkan Gameboy Advance SP dan mula bermain Pokemon Ruby. Cartridge yang baru kami beli hari Jumaat yang lepas di Summit. Dengan seorang Jurujual Cina kelakar, loyar buruk bernama Leon Lai. Supaya senang orang ingat katanya. Kak Lin Aiman mula menjalankan aktiviti biasa bila menaiki bas ekspres. Saya tidur.

Apabila terjaga, bas sudah tersekat di kesesakan "Sumpahan Senawang-Seremban". Jam digital di hadapan bas menunjukkan jam 8.45 malam. Wah, laju betul bas ini.

Agaknya bosan dengan jalan utama yang penuh sesak, pemandu menghalakan bas ke laluan kecemasan. Bas meluncur laju. Dalam hati menyumpah pemandu ini. Saya memang anti mereka yang menggunakan laluan kecemasan. Pentingkan diri sendiri, tidak mengikut peraturan. Saya amati tiada penghalang di antara laluan kecemasan ini dengan parit besar di sebelah kirinya. Di hati terlintas kalau bas ini tergelincir, tiada yang menjadi pendinding antara bas dan parit.

Aiman pergi ke tempat duduk Mama dan Insan. Dia sudah bosan agaknya dengan Pokemon dan Kak Linnya yang senyap aja selepas bangun dari tidur. Dia perasan bas ini lalu di laluan kecemasan.

"Mama, bas ni lalu kat sini, ma."

Kurang beberapa saat selepas dia menuturkan kata-kata itu, pemandu hilang kawalan dan bas tergelincir masuk ke dalam parit. Bas menyenget!

Penumpang-penumpang menjerit ketakutan. Mama sudah beristighfar. Saya panik, tidak terkata apa-apa. Dalam hati memikirkan adakah bas ini akan berhenti menyenget sebentar lagi, atau dia akan terbalik? Saya paling risaukan Aiman, Insan dan Mama sewaktu itu. Syukur, bas itu berhenti bergerak. Aiman dan Insan saya tolak ke bahagian kanan bas. Saya suruh mereka duduk di situ, tak bergerak. Ianya agak sukar, kerana bas itu kini cerun ke arah kiri. Saya bimbang jika kami sekalian penumpang memberikan beban yang cukup untuk ia akhirnya terbalik.

Pakcik berkopiah hijau bangun, anaknya berjalan ke depan, melulu. Agaknya, kacau dengan segala apa yang berlaku. Saya memanggil adik itu. Dia menangis. Ayahnya memujuk dia. Dia kemudiannya ke tempat duduk Insan, dan membuka Pintu Kecemasan. Dia melompat turun dan kemudian mengangkat anaknya turun.

Dalam kegelapan itu, saya membongkok mencari selipar Mama. Aiman dan Insan turun dahulu dengan bantuan pakcik. Setelah diketemui, saya turun menggunakan Pintu Kecemasan. Sangat tinggi! Pakcik itu pada mulanya seperti mahu menghulurkan bantuan. Tidak apa, saya memakai seluar jeans. Saya melompat. Adui. Sakit. Kemudian membantu Mama, dan seorang lagi Makcik turun.

Kesemua penumpang turun. Kemudian masing-masing menelefon memberitahu kejadian yang berlaku. Saya teringat yang Pak Long juga balik ke KL pada malam itu. Mama menelefon Pak Long. Dia masih di Pedas. Katanya, jika dia nampak bas di dalam parit nanti dia akan berhenti.

Dalam ramai-ramai penumpang, ada seorang makcik ini yang paling marah. Dia kata abang angkatnya pemilik Metrobas ini dan dia mahu buat aduan. Saya menambah bara dengan menyokong; "Report! Report!" Haha..

Atas usaha pemandu bas itu yang kini dibenci sekalian penumpang, bas dapat keluar dari parit. Penumpang kesemuanya naik semula. Bunyi telefon masih tidak berhenti. Penumpan-penumpang juga masih tidak berhenti membincangkan kejadian sebentar tadi. Bas berjalan kembali. Tiba-tiba makcik yang marah-marah tadi bangun.

"Encik pemandu, tadi encik minta kami jaga kebersihan bas ini. Sekarang, saya mintaklah tolong jaga keselamatan penumpang."

Pemandu itu menjawab. "Iya.."

Saya gelak di belakang. Terkena sebijik pakcik bas ni.

Mama kemudiannya cakap;

"Ha, tadi Alin kata Insan kena buka Pintu Kecemasan ini kan. Kan dah jadi. Lain kali jangan cakap yang bukan-bukan lagi."

Ha.. terkena saya sebijik.

Wednesday, November 29, 2006

Reflection on Examination Weeks

Kertas pertama hari itu, 30hb Oktober. Hubungan Etnik. Kertas terakhir Data Communication and Networking 23hb November. Hampir sebulan peperiksaan! Refleksi sepanjang sebulan ini..

  1. Waktu peperiksaan inilah pemadam dan lead pensil yang tak pernah-pernah habis akan habis. Jadi, kenalah bersedia..
  2. Jika besok ada periksa, malamnya janganlah dihabiskan dengan membincangkan cerita-cerita Hindi seperti Dil Hai Tumharaa, pergi Jaya Jusco Klang atau yang sewaktu dengannya. Jiwa kacau tahap maksima tu.
  3. Waktu inilah jugak UiTM nak buat fun fair dekat padang kawat. Ada kuda la, rumah hantu la, ferris wheel la, carousel la.. Nasib baik takde Badut Sarkas Kepala Dongga.
  4. Kemudian waktu ini jugaklah nak tutup jalan sebab nak rasmi air terjun depan Canselori. Kan bas dah tak boleh lalu situ. Patah balik Teratai. Kena jalan kaki ambik paper! Arghh.. pulangkan masa menunggu bas ku!
  5. Waktu 'gap' yang panjang antara paper boleh digunakan untuk melihat wayang. Kali ini cerita 'Don'. Kaki wayang betul Alin dan Nadiah. Kad matriks boleh digunakan waktu ini untuk mendapat 'student price'. Eleh, murah 2 ringgit je pun kalau TGV tu. Siap salin nama dengan kad matriks lagi tu. Agaknya akhir tahun boleh buat statistik pelajar IPT mana paling ramai tengok wayang. Kitorang berdua dah calonkan UiTM.
  6. Dekat rumah berminat pula bercucuk tanam, membela lembu.. dalam game Harvest Moon PS2. Game Insan. Tiba yang lari terrer main Kak Lin dia.. kah kah kah.. Samalah dengan Pokemon Red pun. Alakazam ke, Drowzee ke, Bulbasaur ke tak masuk pekse la Kak Lin ooi..
  7. Adalah bahaya mengulangkaji hanya bahagian-bahagian 'spot' final. Apabila lecturer membuat gila dengan menukar set A kepada set B, kita juga akan ternganga. So, study la semua... Yapada lecturer.. dia juga yang bagi spot tu.
Kesimpulannya.. tak tahulah apa keputusan dari banyak kekacauan minggu-minggu exam ni. Study tu, study jugak. Complete lunatics je tak study untuk final. Rasa gabra plak nak tengok result nanti. If I can still get good result, then I'm a certified genius. But it seems very unlikely...

Okay..okay.. saya dah insaf. Final sem depan tak buat macam ni lagi. Dengan syarat VC UiTM jangan buat fun fair lagi waktu exam. Saya dah teruja dengan mood 'fun' tu.

Tuesday, November 14, 2006

My Girl

Sekali sekala adalah dibenarkan untuk obses dengan sesuatu drama bersiri.


Seperti Faisal Tehrani dengan Bawang Merah Bawang Putihnya,

dan Pak Lang yang teruja dengan Sarah "Kiamat Sudah Dekat"nya.


maka saya sudah gila dengan cerita ini:


WaH! (Jerit nyaring seperti gadis2 terjumpa pop star di tengah jalan)

Ada banyak review dan sinopsis mengenai cerita ini, dan saya pasti tidak boleh mengatasi yang ini.

So, I won't bother.

Sudah pasti 30% dari kegilaan saya datang dari dia:


Nampaknya saya masih belum outgrew this obsession on shallowness. Haha. But, he truly can act. Betul. Tak tipu.

Saya terlambat sikit berbanding penonton lain di Malaysia. Cerita ini sudah selamat habis ditayangkan di Malaysia sebelum saya mula melihatnya.

But, thanks to the internet technology and the communities of Korean HDTV-rippers and fansubbers, serta kehebatan mereka yang memuat-turun dan mengedarnya seantero IPT Malaysia, saya dapat melihatnya tanpa alih bahasa mandarin (yang kadang menjengkelkan.. biar drama korea dengan bahasanya sendiri!), format HDTV (yang menyerupai DVD) dan sarikata bahasa inggeris.

Ahh.. long live the fansubbers... and the portable hard disk owners..

Friday, October 27, 2006

Ayat-ayat Cinta

Saya sudah ada copy sendiri! Tak perlu tunggu achik balik dari Adelaide untuk mengulang baca.

Berita baik untuk pembaca Malaysia. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama. Salinan saya pun diperolehi dari MPH, hadiah Aidilfitri untuk diri sendiri, dibeli menggunakan duit raya.

Ahh.. saya tidak tahu bagaimana mahu membuat review buku ini. Terlalu banyak review yang bagus-bagus di luar sana. Saya cuma tahu menceritakan perasaan saya semasa dan selepas membaca buku ini.

Kali pertama saya membaca novel ini adalah tahun lepas, selepas Encik Anuar dan geng-geng YPU membawanya pulang dari Jakarta. Mereka balik dari melawat Pesta Buku di sana.

Saya digesa membaca buku ini oleh semua orang. Lebih-lebih lagi Mak Ina. dan Pak Busu. dan Encik Anuar. dan Nadiah. dan semua orang.

Okay.. saya baca. Mula membaca dengan satu perasaan yang agak skeptikal. Benar sangat baguskah buku ini?

Di awal membaca, saya terbang ke Mesir. Membaca novel ini seolah-olah membaca jurnal seseorang. Dan seseorang itu Fahri, watak utama novel ini. Ia mencatat perjalanan biasanya sehari-harian, menaiki metro, menempuh panas terik untuk pergi mengaji, balik dan kehausan, nikmatnya minum air sejuk ketika itu..

Tapi ianya tidak biasa. Di dalam kebiasaan catatan hari-hariannya itu, saya dapat merasa betapa luar biasanya manusia Fahri ini. Dia begitu merendah diri, sopan, sederhana, kehidupannya tenang, membuatkan saya tenang membacanya. Membuatkan saya begitu kepingin menjadi seperti dia, yakin dengan diri dan ketentuan Allah untuknya, dan kehebatan peribadinya dalam mencari ilmu. Malu saya yang menggelar diri ini pelajar sepenuh masa.

Novel ini saya rasa jauh lebih banyak mengenalkan kita kepada Fahri ini, yang begitu menawan adab dan sifatnya daripada menceritakan jalan cerita bombastik dan suspen. (Mungkin tidak sehingga 3/4 novel ini).

Novel ini terlalu mengusik perasaan, bukan dari segi plot-plot yang mengejutkan ataupun tragis. Tapi, saya merasakan pengarang membina perasaan itu sedikit demi sedikit sehingga klimaks cerita ini, yang..

Ai, takkanlah saya mahu merosakkan pengalaman ini untuk anda. Anda perlu membina sendiri perasaan itu sedikit demi sedikit, dan bersedia menghadapi pengakhiran cerita karangan Habiburrahman El Shirazy ini.

Selamat Membaca!

(cemburu saya kepada mereka yang belum membaca buku ini, tapi hanya pada mereka yang mahu membacanya)

Friday, October 20, 2006

Cursed

Yesterday someone whom I haven't contacted for a long time messaged me. I was surprised. He was once someone close to me. He was always making me laugh. I liked him very much. He gave me a bouquet of roses for my convocation. It was the first time ever that I received flower from a guy.

But I guess our friendship just wasn't meant to be. He wanted something more. But I can't give it. I don't want to give it. I guess he was hurt by my decision. We stopped contacting each other.

It has been almost one and a half year. I was pleasantly surprised yesterday. Well, raya is coming and maybe this is my chance to say sorry if I've hurt his feelings before.

I didn't get the chance. Almost immediately he told me he now has a girlfriend that he met this Ramadhan month and started telling me how wonderful she is. Then he said it's my loss that I rejected him. His exact words were "Itulah, dulu M*** ajak bercinta tak nak, Lin jual mahal sangat."

What the?? I was really irritated. And I guess my reply to him wasn't exactly delicate. I was very sarcastic with it. My intent was to hurt.

But looking back now after 24 hours, I think should've arranged my words with more care. This is a person, who almost immediately after he got "someone" messaged me to taunt me with it.

I was not jealous. I was just really confused. Why? Why this "revenge"?

I think.. back then I must've hurt him very much. For him to make this kind of action. To prove that there is nothing wrong with him. To prove that the blame is with me.

I'm sorry. Very sorry. Thing of the heart is really delicate.. I think... I never meant to promote his feeling back then, and as far as I know I never did. I don't even remember how I rejected him. I guess I'm the worst.

*****************************************************************
I am really bad when it comes to matters regarding the heart. I'm not rational (as always). My heart always refuse to follow what my head is saying. I'm cursed.

I'm afraid.. that one day.. I too...

Arghh! Let's pray that it won't come to that.

Sunday, October 01, 2006

Manga

Saya memang suka membaca. Minat, suka, ketagih. Saya membaca di mana-mana. Rasa tidak lengkap ritual tidur kalau tak membaca sebelum terlena. Membaca dalam gelap sampai mata dah jadi empat. Suka membaca.

Tapi, yang tragisnya saya sekarang di dalam period lebih banyak membaca bahan bacaan lagho dari yang akademik, berguna, ilmiah, islami dan sebagainya. Dalang utamanya ialah manga (disebut "mangga"). Bukan!! bukan majalah Mangga meloya keluaran Utusan itu, tapi manga, komik-komik Jepun.

Seingat-ingat, manga pertama yang saya baca ialah ini :

Komik-komik Doraemon saya semuanya dibelikan oleh ibu. Ini adalah masa dari darjah 2,3 hingga 6 kalau tidak silap. Pada masa yang sama, ada juga saya beli Kisah Panjang Doraemon. Tajuk-tajuknya seperti Nobita dan Dinosaur, Nobita dan Penunggang Dinosaur, Nobita dan Dunia Robot... macam-macam lah. Saya banyak berterima kasih kepada Doraemon yang banyak memperkenalkan saya tentang perkara baru. Saya pertama kali mengetahui mengenai Nostradamus, Komet Halley, Evolusi, Ilusi titik buta, Raksasa Loch Ness, konsep dunia berlainan dimensi semuanya melalui Doraemon.



Kemudian, satu hari, kerana bosan menunggu di bahagian pediatrik SJMC, saya beli manga ini di kedai SJMC:

Wah.. siapa yang tidak teruja dengan pengembaraan Goku dan kawan-kawannya? Dan budak darjah 5 itu pun kalah dengan kisah advencer budak berekor ini. Pengembaraan Goku darilah dia kecil, sampai dewasa, berkahwin, mempunyai anak, mati, hidup semula, mati, hidup semula, mati, hidup semula saya ikuti dengan setia, hinggalah buku episod terakhirnya, apabila dia terbang meninggalkan Pertandingan Kungfu Antarabangsa bersama Uub.






Bila saya di darjah 6, saya ditawan dengan satu genre manga, shoujo manga (komik gadis). Ia bermula dengan manga ini:

Ahh.. Sailormoon.. Saya seperti tidak percaya wujudnya manga seperti ini. Ia ada hampir segala-galanya yang saya suka. Gadis-gadis jelita yang kuat dan mengalahkan musuh, mitos mengenai peradaban di bulan yang telah hilang, planet-planet, Puteri Bulan, kristal, dan Tuxedo Mask.. tidak ada manusia setampan, sekacak, sehebat dia di bumi ini. (Ya.. saya hanyalah 12 tahun pada waktu itu.. sila maafkan kenaifan). Saya sudah menyukai bulan dari kecil, apabila muncul satu manga yang menceritakan tentang bulan dan legendanya, tidak boleh tidak saya pasti jatuh cinta.





Terima kasih kepada Pak Busu (yang memberi arahan buka buku dalam sudut 90 darjah), saya terbaca manga ini sewaktu Tingkatan 1.

Hahaha! Sakit perut saya baca manga ini.. Sakuragi.. adui.. kau memang lawak.. Manga ini tiada unsur fantasi, magis atau futuristik. Tapi, ia memang sangatlah menarik, dan yang paling penting sangat kelakar! Bukanlah saya tidak dapat menghargai semangat kesukanan yang ditunjulkan, saya gembira bila Shohoku memenangi perlawanan! Tapi saya lebih tertarik dengan komedinya! (Nadiah, kau 10 tahun terlewat membaca manga ni).






Habis era Slamdunk, Sailormoon, Dragonball, Doraemon dan zaman kegemilangan Comic House serta Tora Aman, saya membaca Kreko. Tapi, apabila hanya satu dua siri yang saya betul-betul ikut, saya berhenti membelinya. Lama juga saya berhenti membaca manga. Hanya terkadang 'menelaah' manga-manga edisi lama.

Awal tahun 2004 saya mula tahu mengenai 'scanlation'. Ia adalah kegiatan mengimbas manga dalam format asal bahasa Jepun, mengalih bahasa selalunya ke bahasa Inggeris, memadam tulisan Jepun dan meng'edit' imbasan-imbasan itu menjadi lebih bersih. Ia kemudian diedarkan untuk bacaan umum. Lebih info di sini.

Wah! Benarkah ini? Saya di awang-awangan.. Awan menjadi lebih tinggi apabila rumah saya melanggan Streamyx. Kegiatan memuat turun menjadi lebih giat. Sehingga hard disk saya terlalu penuh. Saya kini sudah membaca berpuluh-puluh manga, ada yang sangat menarik, ada yang sangat bermain dengan emosi (sehingga saya menangis-nangis), ada yang sangat kelakar, lebih kelakar dari Slamdunk (cuba baca School Rumble), dan sudah tentu, berpuluh-puluh shoujo manga juga. Saya pakar dalam memberi rekomendasi shoujo manga apa yang perlu dibaca.

Tapi, itulah, seperti dikatakan di awal entri tadi, saya ini sudah terlalu banyak membaca manga akhir-akhir ini. Rasanya saya perlu mengimbanginya dengan membaca lebih banyak buku. Siapa boleh rekomen buku apa yang menarik dibaca?

Cedera

"Jatuh yang paling sakit, adalah jatuh dari tempat yang tinggi."

Saturday, September 23, 2006

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa, pada yang di Australia, di England, di Jogja..

dan terutama di Malaysia.

Tuesday, September 05, 2006

Kematian Crocodile Hunter

Rasa-rasanya hampir satu dunia terkejut dengan kematian si 'Pemburu Buaya' Encik Steve Irwin. Saya terkejut, dan agak sedih. Hari ini berita kematiannya terpampang di dada-dada akhbar. Banyak juga blog yang bercerita tentangnya. Blog ini sebagai blog kontemporari (eceh..) pun tak nak ketinggalan. Kali ini dari perspektif saya, dan kawan baik. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Monday, September 04, 2006

Kuiz yang Banyak

You Are From Jupiter

You are exuberantly curious - and you love to explore newness.
Enthusiastic and optimistic, you get a kick out of stimulating intellectual discussions.
Foreign cultures and languages fascinate you. You love the outdoors, animals, and freedom.
Chances are you tend to exaggerate, so try to keep a lid on that.
If you do, you'll continue to be known for your confidence, generosity, and sense of justice.


You Should Rule Venus

Venus is a mysterious, stormy planet - shrouded in a thick layer of clouds.

You are perfect to rule Venus, because you are quite emotional and volatile yourself.
Your emotions change as rapidly as the weather on Venus, and both you and the planet are incomprehensible to others.

While you are not a logical thinker, you are quite empathetic.
You can care for and understand others, but your emotions swirl too quickly to truly understand yourself.


You Are 7: The Enthusiast

You are outgoing and playful - always seeing the happy side to life.
You're enthusiastic and excitable. You love anything new.
Multi-talented, you do many things well... and find success easy.
You prefer to keep things light with others. Opening up is hard for you.


You are Ocean Blue

You're both warm and practical. You're very driven, but you're also very well rounded.
You tend to see both sides to every issue, and people consider you a natural diplomat.


Your Theme Song is Beautiful Day by U2

"Sky falls, you feel like
It's a beautiful day
Don't let it get away"

You see the beauty in life, especially in ordinary everyday moments.
And if you're feeling down, even that seems a little beautiful too.


Your Birth Month is December

You love life and exude an outgoing, cheerful vibe.
Blessed with a great sense of humor, you can laugh at adversity.

Your soul reflects: Celebration, success, and wealth

Your gemstone: Blue Topaz

Your flower: Narcissus

Your colors: Indigo, green, and blue-green


Saya..banyak kerja tapi takde mood nak buat. Jadi saya buat ini. Baguskan saya.

So, komenlah atas result kuiz-kuiz ni.. Betul kah saya seperti keputusan kuiz-kuiz ni? Achik? Mak Ina?

Sunday, September 03, 2006

Entri Merdeka yang Terlambat


Sekitar Malam Aneka Budaya, Festival Kemerdekaan UiTM, 28 Ogos 2006.

Malam itu, ada banyak persembahan dari kolej-kolej kediaman. Segala jenis tarian rakyat dipersembahkan, dari Inang, Zapin, Ulik Mayang, Joget 106, Sumazau, Ngajat, Dikir Barat hinggalah Boria.

Di tengah-tengah persembahan tiba-tiba ada persembahan khas dari pelajar-pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar Timur Tengah, Somalia. Menyanyikan nasyid dalam Bahasa Arab. Aik.. muka lead singer ni macam familiar..

"Eh, tu Osama budak kelas aku."

"Ye ke? Mana? Mana?" Nadiah. "Wah.. " (sambil menyinggung pinggang orang)

"Hissy..apa ni?"

Usai persembahan, Osama memberi ucapan;

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-49. Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

"Hah?! Haha.. adui..sakit gelak.."

UiTM menyambut kemerdekaan dengan pelbagai acara, FesKem antara yang paling meriah. Ada pelbagai gerai, pameran..pameran kitar semula, Lebanon, MPP.. Ini bagus..memang bagus..

Kemudian UiTM sambut lagi merdeka dengan Konsert KRU dan tayangan Gubra. Ha.. merdeka sangatlah tu.

Apa erti merdeka tahun ini bagi saya?

-> Cuti Merdeka yang disambungkan dengan cuti semester.

Sunday, August 27, 2006

Pluto

Wah? Pluto tidak lagi dikira sebagai planet? Maklumat di sini.

Kalau macam tu.. apa akan jadi pada Sailor Pluto?

























(Haha.. ini pula yang difikirkan..)

Kalian, Selamat Bertunang!

Masih tergambar lagi, masih terasa kegembiraan majlis kenduri tempoh hari. Tahniah pada Pak Busu, dan Kak Rajiha (yang bakal ber'title' Mak Busu insyaAllah tahun depan). Kegembiraan ini berjangkit ye Pak Busu? Dan untuk merasa juga kegembiraan ini, (terutama selepas melihat barang hantaran yang cantik-cantik itu!) terasa seperti nak bertunang juga!



















Gambar ini, ditengok menggunakan komputer fakulti. Tiba-tiba, kawan sebelah berkata,

"Wah.. hensemnya Pak Busu kau Lin.."

"..... hensem ke?"

Haha.. sorrylah atas jawapan tak convincing.

Kemudian, kawan tu yang agaknya teruja selepas melihat kegembiraan majlis pertunangan tu, buat dialog macam ni pulak.

"Lin, kalau kau suka pada Si O ke, Si A ke, cakaplah pada Abang R. Dia boleh tolong 'adjust'kan."

"......."

"Aku, tak bolehlah nak suka diorang. Aku bukan solo."

"Aku Han Solo."

"Hah?"

"......."

Terima kasih atas keprihatinan kalian dengan status 'Single' saya. Terima kasih pada En Anuar yang menyokong dan nak memberi Angah pada saya. Biarlah dia dengan buah hatinya. Budak MCKK memang ditakdirkan dengan budak TKC. Alin hanya anak singkong...

Minggu depan, 30 hb malam nak berlepas ke Alor Star pula. Kali ini, abang kesayangan tanpa pilihan pula nak bertunang. Terima kasih atas tiket bas sponsor! Dan terima kasih pada Mak Ina yang sponsor kasut nak pergi bertunang (abang, bukan saya). Sayaaanng.. Mak Ina!

Frame of mind tengah gembira dengan kebahagiaan orang sekeliling. Kemudian tertanya-tanya bila kegembiraan ini di pihak sendiri. Tiba-tiba..

Di majlis penyerahan Agreement dan penerangan syarat2 tawaran JPA..

"Bla..bla... Anda tidak dibenarkan berkahwin tanpa kelulusan JPA ... blabla.. bla.."

"Hah?!"

Saturday, August 19, 2006

Boycott Israel

Doing my part..

Friday, August 18, 2006

Kenduri

Esok.

Selepas Subuh nak balik kampung. Dengan emak, dan 4 hero. 2 hero rumah, 2 hero cuti sekolah. Di kampung, ada kenduri. Nak terima orang baru.. Pakcik yang bongsu, nak bertunang.

Keluarga besar ini nak terima satu lagi orang baru! (yang bukan baru dilahirkan). Kali terakhir dulu sedekad yang lepas. Hampir tiada memori mengenai kenduri waktu tu.. ingatan samar-samar.. Yang masih lekat :
  1. Tengok nenek buat agar-agar dalam bekas bentuk bunga, selapis demi selapis dengan bermacam-macam warna supaya daunnya warna hijau, bunganya warna merah, latarnya warna putih. Agar-agar hantaran.
  2. Masukkan gula-gula dalam bekas telur. Banyaknya gula-gula.. banyaknya bekas.. letih tangan.
  3. Kad jemputan kahwin yang ada 2 versi, dan salah satu ada typo pulak tu. Nama sapa disalah eja pun tak ingat.
  4. 2 balai dinaikkan depan rumah. Bila main badminton bulu tangkis asyik jatuh atas bumbung dia. Bila orang turunkan balai baru dapat balik banyak-banyak bulu tangkis.
  5. Jadi kendarat.. ala.. bukan kendarat sangat pun.. takat bagi gula-gula je pun..
  6. Waktu tu Achik dan Pak Busu khatam Quran.. depan Arwah Wan Haji.. Waddhuha..
Besok kenduri pertunangan.. belum lagi kenduri perkahwinan... tapi, akan ada ciri-ciri umum setiap kenduri la, kaum-kaum ibu di dapur potong-potong cili, kaum-kaum bapa potong ayam.. masak bersama-sama.. susun hidangan dalam dulang, dulang untuk lelaki, orang lelaki angkat ke atas, dulang untuk perempuan makan di depan.. nenek-nenek yang datang menolong suka makan di dapur.. kita yang diajak-ajak oleh makcik-makcik yang sedang makan di depan, join seround jugak.. curi tulang.. habis kenduri, gadis-gadis kemas-kemas, dan yang utama basuh pinggan yang menggunung.. Seronok sebenarnya basuh pinggan ni bila berjemaah.. Dah rancak mencuci pinggan, rancak jugak mulut berjalan. Segala macam cerita nenek kebayan la keluar nanti. Tapi, tak best kalau jumpa katak.. Aiya.. janganlah katak keluar besok dekat bilik air belakang tu..

Waktu si gadis-gadis dan anak dara ni tengah sibuk mengemas, mana pergi anak-anak bujang? Main bola.. tengok Naruto..

Kenduri itu memenatkan, tapi seronok. Kali ini lebih menyeronokkan sebab kita meraikan Pak Busu dan beri alu-aluan kepada bakal Mak Busu. Lepas selesai kenduri ni, boleh buat persiapan untuk kenduri pernikahan pulak.

Eh, bila baca balik, teringat pula 2 tahun lepas ada terima orang baru juga.. kenapa tak ingat tadi ya.. Oh.. tiada kenduri...

Saturday, August 12, 2006

Happy List Part 1

  1. Rainy nights
  2. Full moon
  3. Rainbow sightings
  4. Cute babies, cute toddlers, happy kids
  5. Good books
  6. Watching movies
  7. Watching movies at cinema (another thing entirely)
  8. The night before Raya
  9. Saturday nights
  10. Saturday nights before the beginning of semester breaks (also another thing)
  11. Good songs
  12. Beaches, the first sighting of it
  13. Conversations over dinner
  14. Phone conversations with aunts
  15. Balik kampung
  16. Surrounded by my brothers, listening to their quarrels
  17. Cheezy Wedges KFC
  18. Mails from some'one'
  19. Taking pictures
  20. Having my picture taken
  21. The Day of my birthday every years
  22. Beautiful scenery
  23. Night outings, love watching street lamps, buildings' lights
  24. Good sitcoms, (Friends, Scrubs, etc)
  25. Winning a match, be it Tic Tac Toe, Domino or Congkak (if only I can win chess games)
  26. Starry nights
  27. Libraries
  28. New testimonials
  29. Old testimonials
  30. Missed calls from friends (you're being missed!)
  31. Good academic results
  32. Loan masuk
  33. The color blue (although people say it's a melancholy color, for me it makes me happy)
  34. Making other people happy
  35. Being appreciated
  36. Good jokes
  37. Singing
  38. Dancing
  39. New books
  40. New clothes, new shoes, new tudungs.. you see the pattern..
  41. Secret Recipe's cheese cakes
  42. Seeing my atuk and nenek happy
  43. Seeing my mom happy
  44. Seeing my family happy
  45. Dapat duit raya (coz it's becoming reallyyy rare)
  46. Talking with Pak Busu about philosophy, religion, sport, Zidane, everything under the sun
  47. England winning (football matches)
  48. Liverpool winning
  49. New blog template
  50. Manga! Love them to death
  51. When my favorite manga series is updated by it's scanlation group
  52. Cancelled classes (tak patut betul..)
  53. Cancelled quizzes/tests (pun tak patut..)
  54. When it's time to sleep.. ZzzzZZzz..
  55. People smiling
  56. Strawberry cecah cokelat (Hahaha...)
  57. Naik buaian
  58. Kesyukuran atas nikmat
  59. Ketenangan hati
  60. Keredhaan ALLAH (dan ini yang paling utama)

There's many more to come.. that's why this is only Part 1.. When I know what more to put I'll do Part 2. If not, then I'm lazy, because being lazy also sometimes makes me happy. You may ask what bring this? Why the list? Well.. you may ask.. I may not necessarily answer.. But, you can say it's because I know people who find it hard to be happy. Just happy, without any 'buts'. From the list, happiness for me can come from simple things. How about stop, and take a look around. There are many things that can bring pleasures.

Janganlah kerana kerisauan masa depan, kebahagian masa kini dikorbankan...

Bahagia

Kenapa sesetengah orang cukup sukar untuk merasakan bahagia? Kenapa banyak pertikaian sebelum bahagia? Kenapa banyak halangan (yang lazimnya dalam minda) untuk bahagia? Kenapa kebahagiaan perlu ditangguh?

"Happiness is a journey, not a destination"

Bahagialah, sekarang!

Friday, August 11, 2006

Hiatus

Life happened la.. sebab tu lamaaa tak update blog.. Ada jugak orang yang enquire.. ada jugak pembaca blog ni rupanya.. Hehe..

Kelas dah bermula, cabaran..cabaran.. Jam kredit bertambah hampir sekali ganda dari semester lepas. Ada pulak subject "killer" seperti Operating System, Mathematic Discrete, Data Networking..Takut jugak. Sebelum ni memang ada sumpahan semester 2. Result semester lain elok-elok.. tiba2 semester 2 ada bikin slack. Tapi, azam dah bulat, nak dapat Anugerah Naib Canselor. Tak ada alasan lagi, mesti DL setiap semester. Insya Allah.. istiqamah!

Oh, kata-kata terakhir tu, diambil dari status YM seseorang.. Yang dalam proses "mengenal diri". Tengah ideal kata Achik. Idealis.. Tapi, kenapa lah kan.. bila manusia ni dah berjumpa sesuatu baru, yang dirasakan hendak dicapai, nak mengubah diri, macam meng'reject' segala yang sebelumnya? Tak ada rasa contradict di dalam hati ke macam tu? Tak rasa dia alienate orang2 yang mengenali dia sebelum ni? Bukankah elok reformasi diri secara perlahan-lahan? Revolusi ni tak mengejutkan ke? Tapi, ini pandangan peribadi lah kan, mungkin setiap orang ada cara sendiri.. yang penting keredhaan Allah.. Insya Allah..

Semester ini ada banyak dugaan, banyak juga keseronokan. Semenjak ada 'kenaikan' (baca: kenderaan) ni, macam dah tumbuh sepasang kaki baru. Berjalan "broom broom" sepanjang masa.

Mengenali dan dah mula jatuh cinta dengan Shah Alam sebenarnya. Cantik bandar ini. Lebih-lebih di waktu malam bila bermacam-macam lampu menyala. Bila rasa tak tenteram, berjalan ke Tasik Shah Alam, dan curi-curi naik buaian. Bila kali terakhir anda menaiki buaian? (Buaian besi depan rumah tak kira ya) Naik buaian ni simple pleasure sebenarnya. Sangat seronok! Bila naik tu, cuba naik dengan bersungguh-sungguh. Kalau ada geng naik di sebelah, buat lah race sapa paling tinggi ke..

Sebenarnya, banyak keindahan, keseronokan, ketenangan yang boleh diperolehi dengan mudah dekat dunia ni. Tapi, yang paling utama (in my humble opinion) adalah jangan conflict di dalam hati. Conscience mesti clear.

Falsafah hidup sekarang ini adalah : Fokus kepada perkara yang menyebabkan diri gembira. Semoga bila hati tenang dan gembira, mendapat semangat dan motivasi diri untuk menggembirakan orang lain juga, dan melakukan kerja-kerja berfaedah yang akhirnya menyebabkan kita lebih gembira. E.g: Study = good result = very happy ^_^

Oh, gembiranya entry ni. Entry lepas ni nak list down perkara-perkara yang boleh buat gembira.

Sunday, July 16, 2006

Tombo Ati (Obat Hati)

Tombo Ati (Obat Hati)

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti ALLAH nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur'an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti ALLAH mencukupi


-Lagu ini dinyanyikan oleh Opick, seorang penyanyi lagu-lagu Islami Indonesia.

Kala rasa diri ini kesedihan, lagu ini sangat mengubat jiwa.. bolehlah diaplikasikan salah satu dari kelima perkara ini, InsyaAllah walaupun hanya satu dilakukan, Allah akan mencukupi semuanya..

Wednesday, July 05, 2006

Poor World Cup Host


















Look.. don't you just pity them? Crushed on their own soil. In front of their own supporters.

For the lack of better words to insult Italy, this is a classic riddle from my brother, Aiman.

"Kak Lin, negara apa yang paling jakun?"

"Apa?"

"Eeee... tali..."

Tuesday, July 04, 2006

Koi Mil Gaya



Interpret lah sendiri..

Tuesday, June 27, 2006

Bola Lagi

Anda kempunan hendak melihat perlawanan England (atau perlawanan-perlawanan lain) di kaca Televisyen? Tidak mempunyai perkhidmatan Astro di rumah? Jika begitu, ikutlah cara saya: tontonlah 'perlawanan-perlawanan' ini dengan 'menontonnya' melalui permainan video.

Adik yang hendak ambil UPSR ni, kemaruk main permainan 'Winning Eleven 9' (apa jadi dengan UPSR tu?). Antara kelebihan menonton perlawanan cara begini ialah:
  1. Boleh mengatur untuk melihat perlawanan apa. Baru sebentar tadi melihat perlawanan England menentang Brazil. Dan England menang. : ) (Oh, anda juga boleh menentukan keputusan perlawanan)
  2. Boleh membuat drama-drama : "Izzul, buatlah own goal." "Izzul, dive la dekat tempat penalti, bagi dapat yellow card." "Izzul, (yang bermain Brazil) jatuhkanlah Owen dekat tempat penalti tu." "Izzul, tackle la Gerrard tu, biar dapat yellow card." "Izzul, langgarlah pengadil." dan Izzul menjawab : "Tak bolehlah, dah cuba dah.."
  3. Boleh melihat Michael Owen menjaringkan gol! Ya.. saya sangat rindu pemandangan itu..
  4. Boleh melihat muka pemain-pemain yang di'digital'kan . Semuanya hodoh-hodoh belaka. (Termasuk Michael Owen..hu..hu..) kecuali Kaka'. Hmm, kenapa ejaannya Kaka'? Adakah sebutannya Kakak?
Saya betul-betul inginkan England menjuarai Piala Dunia kali ini. Ataupun, biarlah ia maju sehingga separuh akhir. Supaya dapat juga saya melihat perlawanannya secara langsung di saluran televisyen tidak berbayar Malaysia.

Di bawah ialah gambar "The Last Supper" karya Da Vinci yang telah di'digital'kan (klik untuk paparan lebih besar). Dipamerkan di sini atas dasar kebebasan media (ha..ha..ha..). Bukan karya saya, ianya saya curi dari Internet.

Go go England!

Saturday, June 24, 2006

Sang Pencinta















Terlalu lewatkah hendak memberi review album ini? Mungkin 1 bulan terlalu lewat. Kerana album ini sebenarnya sudah dikeluarkan hujung bulan Mei yang lepas. Tapi, baru dapat dengar hari ni. Jadi, tak kisahlah kalau bagi review hari ini pun. Takkan lah nak bagi review sebelum mendengarnya pulak kan?

Tak pandailah pulak nak review setiap lagu, tapi seperti album-album M. Nasir sebelum ini, ianya tidak mengecewakan! Agak terpana juga mendengar lagu-lagu di dalam album ini. Berlainan dengan album 'Phoenix Bangkit' nya sebelum ini. Album ini berjiwa muda. Begitu romantis. Dan saya yang muda (he..he..) menyukainya! Terpana juga melihat pose-pose M.Nasir dalam inlay/booklet CD ini. Bak kata makcik (yang.. ya..ya.. anda comel), : "Makin hensem eh M. Nasir ni? Tak puas hati betul."

Setakat ini, saya menyukai hampir kesemua lagu-lagu di dalam album ini. Namun, yang paling saya cintai ialah "Tujuh Nafas Lagi". Mungkin kerana rentaknya yang rancak? Yang lain daripada irama-irama M. Nasir yang biasa? Ala kabaret seperti kata sesetengah pengulas album lain. Tapi, irama kabaret pun dengan suara M. Nasir ianya menjadi begitu mengasyikkan. Saya juga sangat-sangat terkesan dengan liriknya. Jaga-jaga.. saya ingin menaipnya di bawah ini.

Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku

Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta

Rinduku bukanlah murahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
Jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya

Usah ditanya mengapa lirik ini begitu mengesankan saya. Setiap orang berhak membuat penilaian sendiri terhadap maksud bait-bait ini bukan? Lagu ini sekarang tengah diputar berulang-ulang kali. Sambil liriknya diamati dan dihayati juga berulang-ulang kali. Esok hafallah saya lagu ini.

P/s: Maaf M. Nasir, albummu ku anak-pinakkan.

Thursday, June 22, 2006

Demam Bola

Ya.. blog ini tergendala kerana World Cup. Bukanlah alasan yang kukuh. Ada magis di sebalik World Cup itu:
  1. Perlawanan ini 4 tahun sekali. 4 Tahun seterusnya saya akan menjadi seorang makcik yang dah tua. Kerana World Cup ini satu occassion yang diingati, bila teringat kembali, "Oh, World Cup 2006, sewaktu saya muda belia! Betapa rajinnya saya berjaga melihat perlawanan"
  2. World Cup ini adalah perlawanan antara negara. Tidakkah anda berasa kagum mendengarkan lagu kebangsaan negara dinyanyikan pemain dan penyokong sebelum perlawanan bermula? Bagi saya, itu antara bahagian paling menarik sesebuah perlawanan.
  3. "Drama-drama" perlawanan. Siapa tidak sukakan apabila pengadil memberikan penalti? Apabila pemain 'menjunam' di kotak penalti untuk mendapatkannya dan diberi kad kuning pula oleh pengadil. Apabila ada pemain dibuang padang. Apabila coach/manager mengamuk-ngamuk dan mengaruk-ngaruk ditepi padang?
  4. Skill permainan tahap tinggi yang dipamerkan. Namun kali ini, hanya beberapa perlawanan yang menunjukkan taraf sebegitu. Tapi takpe, we root for the underdogs!
  5. Negara-negara boleh berlawan sesama sendiri tanpa keganasan (kecuali kes kes terpencil). Saya sebenarnya mengharapkan pertemuan Negara-negara Islam melawan Negara-negara "Coalition of the Willing" penceroboh Perang Iraq. Tapi, Iran semakin jatuh. Arab Saudi? Tunisia? Ah..
  6. Sudah tentu melihat pemain-pemain kesukaan bermain juga one of the perks of watching World Cup. Saya sukakan Michael Owen (ah.. dia sudah tumbang..), Steven Gerrard, Luis Figo, Ahn Jung Hwan, Ali Daei, Omar Bravo dan okay..okay.. Michael Ballack.
Apakah pasukan yang saya sokong untuk World Cup kali ini? Sama seperti World Cup 1998 dan 2002. Lihat gambar di bawah.

Monday, June 12, 2006

Kucing ke Ayam?

Adik sepupu di kampung, Ibrahim yang dipanggil Baem. Baru berusia sekitar 3 atau 4 tahun. Sangat sayangkan kucing. Walaupun rasa sayangnya dimanifestasi dengan membuli kucing-kucing yang enam ekor di kampung tu.

Ada ura-ura nak membuang seekor dua kucing di kampung tu. Perbualan dia dengan kakak sepupunya lebih kurang begini:

Nadiah (bukan nama sebenar) : Baem bagi kucing makan tak?

Baem : Bagi.

Nadiah : Tapi, kucing tu makan ayam nenek.

Baem : (Diam)

Nadiah : Jadi, kena buang kucing tu.

Baem : Janganlah buang kucing.

Nadiah : Habis tu?

Baem : Buanglah ayam.

Nadiah : Keh keh keh...


To Wear or Not To Wear?


"I'm so tired."
"Tired of what?"
"Of all these people judging me."
"Who judged you?"
"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab."
"Oh, hijab and music! The mother of all topics!"
"Yeah! I listen to music without hijab haha!"
"Maybe she was just giving you advice."
"I don't need her advice. I know my religion. Can`t she mind her own business?"
"Maybe you misunderstood. She was just being nice."
"Keeping out of my business, that would be nice..."
"But it's her duty to encourage you do to good."
"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?"
"Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."
"Says who?"
"It's in the Qur'an, isn't it?"
"Yes. She did quote me something."
"She said Surah Nur, and other places of the Qur'an."
"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important."
"True. But big things start with small things."
"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart."
"What you wear is not important?"
"That's what I said."
"Then why do you spend an hour every morning fixing up?"
"What do you mean?"
"You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."
"So?"
"So, your appearance IS important."
"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion."
"If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Holy Qur'an?"
"You know I can't follow all that's in Qur'an."
"You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"
"Yes. God is forgiving."
"God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."
"Says who?"
"Says the same book that tells you to cover."
"But I don't like hijab, it limits my freedom."
"But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?! What`s your definition of freedom anyway?"
"Freedom is in doing whatever you like to do."
"No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."
"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wear hijab and are bad people."
"So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."
"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab."
"Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."
"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!"
"So all these people with hijab never get married?!"
"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?"
"What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"
"That's irrelevant, bank robbery is a crime."
"Disobeying your Creator is not a crime?"
"But then who would hire me?"
"A company that respects people for who they are."
"Not after 9-11"
"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school? And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab ummm "
"Yasmeen?"
"Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."
"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?"
"Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"
"You didn't answer my question."
"In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is
courage, faith in action, and true womanhood. But your short sleeves, tight pants"
"That's called `fashion`, you live in a cave or something? First of all, hijab was founded by men
who wanted to control women."
"Really? I did not know men could control women by hijab."
"Yes. That's what it is."
"What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are
forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"
"Well, that's different."
"What difference? The woman who asked you to wear hijab, she was a woman, right?"
"Right, but"
"But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"
"Wait, let me finish, I was saying"
"Saying what? You think that men control women by hijab?"
"Yes."
"Specifically how?"
"By telling women how and what to wear, dummy!"
"Doesn't TV, magazines and movies tell you whatto wear, and how to be `attractive'?"
"Of course, it's fashion."
"Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"
[Silence]
"Not just controlling you, but also controlling the market."
"What do you mean?"
"I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."
"I don't get it. What does hijab have to do with products."
"It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism, women who
spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."
"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?"
"Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism."
"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB! It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ... Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!"
"Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."
"Fine."
"Fine."
[Silence]
"Shut up and I don't want to hear more about hijab niqab schmijab Punjab!"
[Silence]
She stared at the mirror, tired of arguing with herself all this time. Successful enough, she managed to shut the voices in her head, with her own opinions triumphant in victory on the matter, and a final modern decision
accepted by the society - but rejected by the Faith: "Yes!" - to curls on the hair - "No!" - to hijab!

"And he (/she) is indeed a failure who corrupts it [the soul]!"
[Holy Quran 91:10]

Subhana'Allah!!!

"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting."
[Holy Quran: 87:16-17]

"You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."
[Holy Quran: 3:110]

-diambil dari faizulazmil.blogspot.com . Benda baik harus dikongsi kan? :P

Monday, June 05, 2006

Window Shopping



















Cuti sekolah, adik-adik pun mengajak berjalan.

"Kak Lin, jomla pergi Summit."

"Kak Lin tak ada duit, kalau nak window shopping bolehlah."

Petang semalam, agaknya terlalu bosan di ajak juga.

"Jomla Kak Lin pergi window shopping."

"Window shopping tu apa Aiman?"

"Kedai Tingkap."

Tuesday, May 23, 2006

Kemuncup

Tadi ada rasa tak selesa dekat kaki. Bila diperiksa, rupa-rupanya seluar ada kemuncup. Pelik, mana datang kemuncup dekat rumah ini, yang halamannya penuh berturap.

Teringat dekat kampung halaman, sewaktu penuh dengan kemuncup dulu. Selepas main kejar-kejar, letih mencabut kemuncup dekat seluar. Kemuncup-kemuncup ini, walaupun selepas diguling-guling, dipusing-pusing dalam mesin basuh bukannya nak tercabut. Selalunya, waktu cuti sekolah akan adalah sessi mencabut kemuncup bersama sepupu-sepupu lain, diketuai pakcik yang paling bongsu, dan 2 makcik lagi yang cantik molek (disebut di sini atas permintaan).

Hadiah yang paling menggembirakan bila habis aktiviti tentulah laman yang bersih tanpa kemuncup, sangat sesuai untuk main kejar-kejar, baling selipar, badminton, dll; dan upah ais krim 30 sen daripada atuk yang memanjakan cucu-cucunya.

Kemudian, kemuncup-kemuncup ini muncul lagi pada minggu seterusnya.

Thursday, May 18, 2006

Isu

Kalau isu dalam kereta Proton = auto window yang malfunction lepas berapa lama;

Isu ubat gigi colgate = Penutup tak boleh tutup lepas baru berapa kali guna.

Wednesday, May 17, 2006

Perihal Mengajar

Esok, adik yang bongsu, sedang darjah 4, ada ujian subjek 'Teknologi Maklumat dan Komunikasi'. Tengok buku teksnya tadi, (selepas arahan mak yang keluar sebab urusan Takafulnya). Buku teks yang penuh dengan ayat-ayat, fakta-fakta, tulisan-tulisan, tanpa satu gambar pun! Bab yang masuk periksa ialah Microsoft Powerpoint. Jadi, adik sekarang sedang sibuk menghafal dengan kuat, dan yang terdengar sampai ke bilik ini ialah "Klik Next, Klik Next, Klik Ok, Tekan tetingkap Close."

Pelajarannya dibahagikan kepada topik-topik seperti "Membuat Presentation menggunakan Template", "Membuat Presentation menggunakan AutoContent Wizard", dan seterusnya. Semuanya penuh dengan langkah-langkah 'step-by-step' yang bagi pandangan saya, (graduan Diploma IT dan kini undergrad Degree IT) doesn't make sense at all. Akhirnya, lahirlah pelajar-pelajar yang menghafal tapi tidak memahami apa yang di ajar. (Teringat kes kawan-kawan yang menghafal contoh karangan untuk menjawab soalan peperiksaan PMR)

Memanglah satu usaha yang murni nak memperkenalkan subjek IT ni kepada budak sekolah. Tapi, macam hentam kromo aje. Tak tahulah kalau ada buku teks rasmi lain yang di'endorse' oleh Kementerian Pelajaran, tapi buku yang diguna adik tu, se'menarik' Buku Panduan Telefon.

Kasihan kanak-kanak generasi sekarang. Sudahlah diseksa belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Selalu pula menjadi bahan ujian menteri-menteri pelajaran yang bertukar ganti. Gerun pula memikirkan bila Pendidikan Seks di sekolah nak diperkenalkan nanti.

Tuesday, May 16, 2006

Tentang Halus

Memanglah suatu yang tidak semenggah memulakan blog ini dengan bercerita tentang perasaan. Entri seperti ini mungkin lebih sesuai di dalam jurnal, diari peribadi sendiri. Namun, untuk membalas keikhlasan jawapan seseorang atas sebuah soalan yang (dalam ayatnya sendiri) memb*ngongkan, mungkin alasan atas kemunculan soalan itu perlu diterangkan.

Secara ringkasnya, ia muncul setelah menunggu selama # tahun untuk meng'upgrade' status sendiri. Akhirnya, pada Hari Belia 2006 tiba-tiba menjadi berani untuk bertanyakan soalan 'maut' tu. Tapi, soalan maut bermakna ajal. Kalau sebelum ni secara degil berpegang pada pepatah 'Berpantang maut sebelum ajal', (alasan untuk bersifat penakut) kali ini keberanian tu secara langsung mendekatkan ajal.

Kenapa ajal? Walaupun 'definite answer' belum dapat pun, intuisi secara kuat mengatakan status sekarang adalah yang tertinggi boleh dicapai.

Tapi, tak apalah. Mati ini mati bermaruah.