Sunday, June 07, 2009

Cuti Sekolah

Adik siapalah ni...

Monday, June 01, 2009

Lagi lagi Bola

Selesai sudah musim bola sepak Inggeris, dan bermulanya summer transfer window; "silly season".

Perasaan saya berbelah bagi apabila musim ini bermula. Saya tahu saya pasti bosan tanpa siaran lazim bola sepak di hujung minggu, tapi pada masa yang sama musim ini juga selalunya kejohanan-kejohanan besar seperti Piala Dunia dan EURO dimainkan. Saya pengikut bola sepak kelab, tetapi saya juga sangat teruja menonton bola sepak kebangsaan. Tahun ini tiada kejohanan besar, cuma "Confederation Cup" untuk direbut juara-juara setiap kontinen. (Saya masih menyokong Sepanyol, tetapi saya pasti juga sangat gembira jika Iraq memenanginya.)

Tetapi, paling saya tidak suka mengenai musim ini: apabila membaca bermacam-macam spekulasi mengenai pemain-pemain kegemaran saya, terutamanya Xabi Alonso. Dia nampaknya pemain "in" musim ini. Kelab-kelab seperti Juventus, Real Madrid, AC Milan, Manchester City berebut-rebut mahu menandatanganinya. Dan tajuk berita terkini : "Saya mahukan Xabi di Arsenal - Fabregas".

Grrr nyah kamu semua dari sini.