Saturday, January 19, 2008

Wednesday, January 02, 2008

Kami dan Muzik - Bahagian 2

Mama juga sangat sukakan muzik. Dia ada banyak koleksi kaset-kaset lagu Indonesia. (Mama sudah dahulu meminati penyanyi Indonesia sebelum generasi Sheila On 7, Peter Pan dan Radja). Penyanyi yang paling Mama gemari ialah Ebiet G. Ade. Selain itu ada juga kaset-kaset Endang S.Taurina dan Hetty Koes Endang. Namun, saya jarang (atau boleh dikatakan tidak pernah) mendengar Mama menyanyi walaupun menurut beliau dia suka menyanyi lagu "Ku Pakai Kaca Mata" di hadapan kelas waktu bersekolah rendah di Singapura dulu. Malah siap dengan gaya-gayanya sekali!

Tuesday, January 01, 2008

Kami dan Muzik - Bahagian 1

Keluarga kami menggemari muzik. Tidaklah saya tahu jika ianya dipupuk oleh atuk dan nenek kerana tidak pula pernah saya mendengar atuk menyanyi. Oh sebentar, atuk pernah menyanyi, malah sambil memainkan gitar. Saya masih ingat ini:

Arwah ayah saya mempunyai sebuah gitar yang saya selalu saya turunkan dari atas almari sewaktu saya kecil untuk memetik-metik talinya. Suatu hari, atuk mengambil gitar itu dan mula bermain gitar sambil menyanyikan lagu 'Rasa Sayang'. Kami cucu-cucunya sangat gembira sambil menyanyi bersama-sama dengan penuh semangat. Lagu ini kami ulangi dua kali dan akhiri dengan gelak ketawa yang penuh gembira.

Saya sebenarnya sewaktu itu merasakan atuk begitu pandai bermain gitar. Tidak kedengaran sumbang permainannya. Tetapi, menurut Pak Busu, atuk sebenarnya 'main hentam sahaja'.