Friday, May 29, 2020

Teaching from Home Thoughts

I thought long and hard about putting this here. But this is worthy to be recorded. And perhaps in 30 years, when I am a pensioner reminiscing memories when I was young(er), I'd appreciate having put this in writing.

We are in the midst of COVID-19 outbreak, still practicing PKP. Classes have moved online since April but we are in a middle of Raya & Gawai break.

I have been highly interested in EdTech since a few years back, therefore moving classes online is not too difficult, technical wise. There are so many interesting tools to support educators. However I've been humbled on how challenging working in perceived isolation is. Having colleagues to talk to, greeting students face-to-face, walking to classes in sights of crowds of students and colleagues.. these are things I took for granted before. It cannot be downplayed how beneficial all these human interactions are for a good working environment. How these all factors in my love of teaching.

Without these faces to connect to, works seem so much of a chore. Things to get completed before the weekend comes. However, I am holding on to that feel of responsibility. I am responsible for the education of these students. So I better do all I can, with the best of my capability, without cheating them of even a little bit of what they should have, to teach. Passion wanes, and I am always so very fickle with mine at the first place. But being responsible? I hope this stays on.

Why was I reluctant to put this all here. The thing is, I am not unaware of how lucky I am to be in this position. How lucky that I am employed with a stable job, one that is doable online. But I thought... all concerns are valid. Especially here in my little corner of a blog. So, there.

Tuesday, May 12, 2020

Sebuah Entri Rindu Berjalan

Hari ni di FB, ternampak seorang financial advisor bertanya, "What will you do with the money you saved for travelling?"

Hm. Saya tidaklah ada sebuah tabung khas untuk kembara. Ya, saya menyimpan. Untuk pelbagai perkara. Kecemasan, hari tua, masuk rumah, kenduri kahwin. Tapi saya dan tabung ada satu persefahaman bahawa apabila selarinya bintang-bintang cuti semester, musim bunga/luruh/sejuk, dan promosi tiket kapal terbang, tabung 1MDB akan diseluk.

Sebenarnya, saya juga minat membaca mengenai perancangan kewangan. Banyak juga nasihat kewangan yang saya ikuti seperti membeli kereta mampu milik, membayar habis kad kredit setiap bulan, membuat potongan gaji bagi simpanan, menyimpan, simpan, simpan.

Sudah tentu si penyimpan dan si kuat berjalan bertembung.

Untuk menyejukkan hati si penyimpan, rata-rata perjalanan saya dirancang semuanya sendiri, tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan. Saya mengkaji sendiri corak naik turun tiket kapal terbang, mencari tempat penginapan berpatutan, mengkaji peta pengangkutan awam... ahh ianya amat memenatkan! Tapi cukup puas :) Kebiasaannya saya akan membeli tiket sangat awal, hampir 10 bulan sebelum perjalanan. Selain merebut harga murah, ianya juga memberi masa yang cukup untuk kajian tempatan saya.

Satu cara mengurangkan kos kembara ialah dengan memasak. Ini satu topik yang amat kontroversi, terdapat 'seasoned travelers' yang mengeji rakyat Malaysia yang memasak di bilik hotel. Saya faham perspektif mereka, ada risiko kerosakan bilik hotel apabila kita tidak berhati-hati. Namun, saya amat, sangat, sungguh, berjaga-jaga dalam hal ini. Nantilah, di entri yang lain saya ceritakan apa langkah-langkah yang kami ambil ketika memasak.

Sebenarnya selain berjimat, faktor lain adalah kerana muak dengan masakan tempatan. Teringat ketika kami di Istanbul, suatu hari Mama sudah tidak lalu lagi makan sarapan roti, keju, dan buah zaitun yang disediakan pihak hotel. Pekerja hotel yang prihatin siap bertanya, if there's something wrong with the food. Dia berjanji akan memasak omelette untuk Mama bagi sarapan esok hari. Saya, Pak Busu dan Mak Usu mengendeng meminta omelette juga (walaupun saya, personally suka makan roti, keju, dan buah zaitun. Mungkin berjodohan dengan orang Turki? Eh). Esoknya pagi-pagi selepas Subuh mama memasak nasi. Saya bertanya, bukankah kita nak makan omelette sarapan nanti? Mama kata: ya, nak makan dengan nasi.

Berselera mama makan nasi, telur dan kicap.


Fusion nasi, telur, buah zaitun dan keju.

Monday, May 11, 2020

Ingatan PKP

Walau berdepan risiko menjadi seorang 'tone deaf' dengan mengatakan PKP ini terdapat sebuah kurniaan, saya tidak dapat lari daripada memikirkan perkara ini.

Moga tidak dilabel parasit.

Sejak 2014 apabila mula berkhidmat di Melaka, kejadian saya dapat bekerja dan duduk di rumah hanyalah bila saya 'terpilih' (baca: memilih) untuk menghadiri kursus-kursus atau bengkel di kampus Shah Alam. Itupun selalunya tidak lebih dua, atau tiga hari.

Hari ini, hampir dua bulan saya bekerja dari rumah. Alhamdulillah, dapat makan bersama, duduk bersama, sembahyang berjemaah bersama, borak-borak dengan Mama tanpa melalui telefon. Semalam ketika saya sedang duduk menunggu doa selepas sembahyang dari imam Amir, saya terfikir. "I feel the safest at this moment". Paling tenang.

PKP datang membawa pelbagai perasaan; cemas atas keselamatan semua, bimbang dengan nenek di kampung, sunyi tanpa rakan sekerja, bersalah, kecewa.

Tapi saya fikir di masa hadapan nanti saya hanya akan mengenangkan perasaan-perasaan positif; gembira, berani mencuba, cukup, selamat dan tenang.