Moga tidak dilabel parasit. |
Sejak 2014 apabila mula berkhidmat di Melaka, kejadian saya dapat bekerja dan duduk di rumah hanyalah bila saya 'terpilih' (baca: memilih) untuk menghadiri kursus-kursus atau bengkel di kampus Shah Alam. Itupun selalunya tidak lebih dua, atau tiga hari.
Hari ini, hampir dua bulan saya bekerja dari rumah. Alhamdulillah, dapat makan bersama, duduk bersama, sembahyang berjemaah bersama, borak-borak dengan Mama tanpa melalui telefon. Semalam ketika saya sedang duduk menunggu doa selepas sembahyang dari imam Amir, saya terfikir. "I feel the safest at this moment". Paling tenang.
PKP datang membawa pelbagai perasaan; cemas atas keselamatan semua, bimbang dengan nenek di kampung, sunyi tanpa rakan sekerja, bersalah, kecewa.
Tapi saya fikir di masa hadapan nanti saya hanya akan mengenangkan perasaan-perasaan positif; gembira, berani mencuba, cukup, selamat dan tenang.
No comments:
Post a Comment