Hm. Saya tidaklah ada sebuah tabung khas untuk kembara. Ya, saya menyimpan. Untuk pelbagai perkara. Kecemasan, hari tua, masuk rumah,
Sebenarnya, saya juga minat membaca mengenai perancangan kewangan. Banyak juga nasihat kewangan yang saya ikuti seperti membeli kereta mampu milik, membayar habis kad kredit setiap bulan, membuat potongan gaji bagi simpanan, menyimpan, simpan, simpan.
Sudah tentu si penyimpan dan si kuat berjalan bertembung.
Untuk menyejukkan hati si penyimpan, rata-rata perjalanan saya dirancang semuanya sendiri, tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan. Saya mengkaji sendiri corak naik turun tiket kapal terbang, mencari tempat penginapan berpatutan, mengkaji peta pengangkutan awam... ahh ianya amat memenatkan! Tapi cukup puas :) Kebiasaannya saya akan membeli tiket sangat awal, hampir 10 bulan sebelum perjalanan. Selain merebut harga murah, ianya juga memberi masa yang cukup untuk kajian tempatan saya.
Satu cara mengurangkan kos kembara ialah dengan memasak. Ini satu topik yang amat kontroversi, terdapat 'seasoned travelers' yang mengeji rakyat Malaysia yang memasak di bilik hotel. Saya faham perspektif mereka, ada risiko kerosakan bilik hotel apabila kita tidak berhati-hati. Namun, saya amat, sangat, sungguh, berjaga-jaga dalam hal ini. Nantilah, di entri yang lain saya ceritakan apa langkah-langkah yang kami ambil ketika memasak.
Sebenarnya selain berjimat, faktor lain adalah kerana muak dengan masakan tempatan. Teringat ketika kami di Istanbul, suatu hari Mama sudah tidak lalu lagi makan sarapan roti, keju, dan buah zaitun yang disediakan pihak hotel. Pekerja hotel yang prihatin siap bertanya, if there's something wrong with the food. Dia berjanji akan memasak omelette untuk Mama bagi sarapan esok hari. Saya, Pak Busu dan Mak Usu mengendeng meminta omelette juga (walaupun saya, personally suka makan roti, keju, dan buah zaitun. Mungkin berjodohan dengan orang Turki? Eh). Esoknya pagi-pagi selepas Subuh mama memasak nasi. Saya bertanya, bukankah kita nak makan omelette sarapan nanti? Mama kata: ya, nak makan dengan nasi.
Berselera mama makan nasi, telur dan kicap. |
Fusion nasi, telur, buah zaitun dan keju. |
No comments:
Post a Comment