Keluarga kami menggemari muzik. Tidaklah saya tahu jika ianya dipupuk oleh atuk dan nenek kerana tidak pula pernah saya mendengar atuk menyanyi. Oh sebentar, atuk pernah menyanyi, malah sambil memainkan gitar. Saya masih ingat ini:
Arwah ayah saya mempunyai sebuah gitar yang saya selalu saya turunkan dari atas almari sewaktu saya kecil untuk memetik-metik talinya. Suatu hari, atuk mengambil gitar itu dan mula bermain gitar sambil menyanyikan lagu 'Rasa Sayang'. Kami cucu-cucunya sangat gembira sambil menyanyi bersama-sama dengan penuh semangat. Lagu ini kami ulangi dua kali dan akhiri dengan gelak ketawa yang penuh gembira.
Saya sebenarnya sewaktu itu merasakan atuk begitu pandai bermain gitar. Tidak kedengaran sumbang permainannya. Tetapi, menurut Pak Busu, atuk sebenarnya 'main hentam sahaja'.
2 comments:
Fuh, akhirnya!
Hehe.. terima kasih kerana sedia menanti. Bahagian 2 selepas ini. :D
Post a Comment