Sunday, October 01, 2006

Manga

Saya memang suka membaca. Minat, suka, ketagih. Saya membaca di mana-mana. Rasa tidak lengkap ritual tidur kalau tak membaca sebelum terlena. Membaca dalam gelap sampai mata dah jadi empat. Suka membaca.

Tapi, yang tragisnya saya sekarang di dalam period lebih banyak membaca bahan bacaan lagho dari yang akademik, berguna, ilmiah, islami dan sebagainya. Dalang utamanya ialah manga (disebut "mangga"). Bukan!! bukan majalah Mangga meloya keluaran Utusan itu, tapi manga, komik-komik Jepun.

Seingat-ingat, manga pertama yang saya baca ialah ini :

Komik-komik Doraemon saya semuanya dibelikan oleh ibu. Ini adalah masa dari darjah 2,3 hingga 6 kalau tidak silap. Pada masa yang sama, ada juga saya beli Kisah Panjang Doraemon. Tajuk-tajuknya seperti Nobita dan Dinosaur, Nobita dan Penunggang Dinosaur, Nobita dan Dunia Robot... macam-macam lah. Saya banyak berterima kasih kepada Doraemon yang banyak memperkenalkan saya tentang perkara baru. Saya pertama kali mengetahui mengenai Nostradamus, Komet Halley, Evolusi, Ilusi titik buta, Raksasa Loch Ness, konsep dunia berlainan dimensi semuanya melalui Doraemon.



Kemudian, satu hari, kerana bosan menunggu di bahagian pediatrik SJMC, saya beli manga ini di kedai SJMC:

Wah.. siapa yang tidak teruja dengan pengembaraan Goku dan kawan-kawannya? Dan budak darjah 5 itu pun kalah dengan kisah advencer budak berekor ini. Pengembaraan Goku darilah dia kecil, sampai dewasa, berkahwin, mempunyai anak, mati, hidup semula, mati, hidup semula, mati, hidup semula saya ikuti dengan setia, hinggalah buku episod terakhirnya, apabila dia terbang meninggalkan Pertandingan Kungfu Antarabangsa bersama Uub.






Bila saya di darjah 6, saya ditawan dengan satu genre manga, shoujo manga (komik gadis). Ia bermula dengan manga ini:

Ahh.. Sailormoon.. Saya seperti tidak percaya wujudnya manga seperti ini. Ia ada hampir segala-galanya yang saya suka. Gadis-gadis jelita yang kuat dan mengalahkan musuh, mitos mengenai peradaban di bulan yang telah hilang, planet-planet, Puteri Bulan, kristal, dan Tuxedo Mask.. tidak ada manusia setampan, sekacak, sehebat dia di bumi ini. (Ya.. saya hanyalah 12 tahun pada waktu itu.. sila maafkan kenaifan). Saya sudah menyukai bulan dari kecil, apabila muncul satu manga yang menceritakan tentang bulan dan legendanya, tidak boleh tidak saya pasti jatuh cinta.





Terima kasih kepada Pak Busu (yang memberi arahan buka buku dalam sudut 90 darjah), saya terbaca manga ini sewaktu Tingkatan 1.

Hahaha! Sakit perut saya baca manga ini.. Sakuragi.. adui.. kau memang lawak.. Manga ini tiada unsur fantasi, magis atau futuristik. Tapi, ia memang sangatlah menarik, dan yang paling penting sangat kelakar! Bukanlah saya tidak dapat menghargai semangat kesukanan yang ditunjulkan, saya gembira bila Shohoku memenangi perlawanan! Tapi saya lebih tertarik dengan komedinya! (Nadiah, kau 10 tahun terlewat membaca manga ni).






Habis era Slamdunk, Sailormoon, Dragonball, Doraemon dan zaman kegemilangan Comic House serta Tora Aman, saya membaca Kreko. Tapi, apabila hanya satu dua siri yang saya betul-betul ikut, saya berhenti membelinya. Lama juga saya berhenti membaca manga. Hanya terkadang 'menelaah' manga-manga edisi lama.

Awal tahun 2004 saya mula tahu mengenai 'scanlation'. Ia adalah kegiatan mengimbas manga dalam format asal bahasa Jepun, mengalih bahasa selalunya ke bahasa Inggeris, memadam tulisan Jepun dan meng'edit' imbasan-imbasan itu menjadi lebih bersih. Ia kemudian diedarkan untuk bacaan umum. Lebih info di sini.

Wah! Benarkah ini? Saya di awang-awangan.. Awan menjadi lebih tinggi apabila rumah saya melanggan Streamyx. Kegiatan memuat turun menjadi lebih giat. Sehingga hard disk saya terlalu penuh. Saya kini sudah membaca berpuluh-puluh manga, ada yang sangat menarik, ada yang sangat bermain dengan emosi (sehingga saya menangis-nangis), ada yang sangat kelakar, lebih kelakar dari Slamdunk (cuba baca School Rumble), dan sudah tentu, berpuluh-puluh shoujo manga juga. Saya pakar dalam memberi rekomendasi shoujo manga apa yang perlu dibaca.

Tapi, itulah, seperti dikatakan di awal entri tadi, saya ini sudah terlalu banyak membaca manga akhir-akhir ini. Rasanya saya perlu mengimbanginya dengan membaca lebih banyak buku. Siapa boleh rekomen buku apa yang menarik dibaca?

8 comments:

Anonymous said...

Faedah terbaik kewujudan manga didalam internet:

'Buku kartun' (seperti yang sering disebut oleh makcik saya) tidak lagi kelihatan di atas katil, di hadapan TV, di atas meja makan, di dapur, di bilik atuk, bawah katil bilik Pak Long, di tangga hadapan rumah dan lain-lain.

Teringat projek melupuskan 'buku kartun' bersama kakak saya hehehe... Dan tersenyum puas bila yg empunya buku mencari-cari apabila balik kampung hahahahahah.....(bila ketagih membacanya datang...).

Fadzlin said...

Oh tidak!! Itu sebenarnya yang berlaku pada koleksi buku-buku kartun ku?!

From this day onwards, we should call that day:

"Tragedi Kemusnahan Buku Kartun"

Sampai hati chik.. manga dekat internet takleh buat baca sambil guling2 atas katil tau.. huu..

Anonymous said...

Hahh!!!

Anonymous said...

Ha'ah, dah terlewat 10 tahun, tapi masih tak dapat nak habiskan baca. Nak kena pergi rumah Pak Long nie. Pak Busu kata Lina ada koleksi sampai habis. Tak nak dikatakan lewat 20 tahun pulak. Tak pun, ko tolonglah download sampai habis cerita tue. Bolehlah..Ye..ye...(dengan comelnya).hehe...

Fadzlin said...

Nadiah : Hard disk aku dah penuh.

Anonymous said...

mungkin perlu jalankan projek memusnahkan buku kartun di rumah Lina sblm Nadiah dpt baca..

Fadzlin said...

arisin' : Wah kejamnya!

Anonymous said...

kejam ke? xde ah... utk kebaikan jugak (hihihi.. bajet baik).. byk lg buku lain bole bc.. betul x betul x?