Wednesday, May 17, 2006

Perihal Mengajar

Esok, adik yang bongsu, sedang darjah 4, ada ujian subjek 'Teknologi Maklumat dan Komunikasi'. Tengok buku teksnya tadi, (selepas arahan mak yang keluar sebab urusan Takafulnya). Buku teks yang penuh dengan ayat-ayat, fakta-fakta, tulisan-tulisan, tanpa satu gambar pun! Bab yang masuk periksa ialah Microsoft Powerpoint. Jadi, adik sekarang sedang sibuk menghafal dengan kuat, dan yang terdengar sampai ke bilik ini ialah "Klik Next, Klik Next, Klik Ok, Tekan tetingkap Close."

Pelajarannya dibahagikan kepada topik-topik seperti "Membuat Presentation menggunakan Template", "Membuat Presentation menggunakan AutoContent Wizard", dan seterusnya. Semuanya penuh dengan langkah-langkah 'step-by-step' yang bagi pandangan saya, (graduan Diploma IT dan kini undergrad Degree IT) doesn't make sense at all. Akhirnya, lahirlah pelajar-pelajar yang menghafal tapi tidak memahami apa yang di ajar. (Teringat kes kawan-kawan yang menghafal contoh karangan untuk menjawab soalan peperiksaan PMR)

Memanglah satu usaha yang murni nak memperkenalkan subjek IT ni kepada budak sekolah. Tapi, macam hentam kromo aje. Tak tahulah kalau ada buku teks rasmi lain yang di'endorse' oleh Kementerian Pelajaran, tapi buku yang diguna adik tu, se'menarik' Buku Panduan Telefon.

Kasihan kanak-kanak generasi sekarang. Sudahlah diseksa belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Selalu pula menjadi bahan ujian menteri-menteri pelajaran yang bertukar ganti. Gerun pula memikirkan bila Pendidikan Seks di sekolah nak diperkenalkan nanti.

No comments: