Wednesday, November 29, 2006

Reflection on Examination Weeks

Kertas pertama hari itu, 30hb Oktober. Hubungan Etnik. Kertas terakhir Data Communication and Networking 23hb November. Hampir sebulan peperiksaan! Refleksi sepanjang sebulan ini..

  1. Waktu peperiksaan inilah pemadam dan lead pensil yang tak pernah-pernah habis akan habis. Jadi, kenalah bersedia..
  2. Jika besok ada periksa, malamnya janganlah dihabiskan dengan membincangkan cerita-cerita Hindi seperti Dil Hai Tumharaa, pergi Jaya Jusco Klang atau yang sewaktu dengannya. Jiwa kacau tahap maksima tu.
  3. Waktu inilah jugak UiTM nak buat fun fair dekat padang kawat. Ada kuda la, rumah hantu la, ferris wheel la, carousel la.. Nasib baik takde Badut Sarkas Kepala Dongga.
  4. Kemudian waktu ini jugaklah nak tutup jalan sebab nak rasmi air terjun depan Canselori. Kan bas dah tak boleh lalu situ. Patah balik Teratai. Kena jalan kaki ambik paper! Arghh.. pulangkan masa menunggu bas ku!
  5. Waktu 'gap' yang panjang antara paper boleh digunakan untuk melihat wayang. Kali ini cerita 'Don'. Kaki wayang betul Alin dan Nadiah. Kad matriks boleh digunakan waktu ini untuk mendapat 'student price'. Eleh, murah 2 ringgit je pun kalau TGV tu. Siap salin nama dengan kad matriks lagi tu. Agaknya akhir tahun boleh buat statistik pelajar IPT mana paling ramai tengok wayang. Kitorang berdua dah calonkan UiTM.
  6. Dekat rumah berminat pula bercucuk tanam, membela lembu.. dalam game Harvest Moon PS2. Game Insan. Tiba yang lari terrer main Kak Lin dia.. kah kah kah.. Samalah dengan Pokemon Red pun. Alakazam ke, Drowzee ke, Bulbasaur ke tak masuk pekse la Kak Lin ooi..
  7. Adalah bahaya mengulangkaji hanya bahagian-bahagian 'spot' final. Apabila lecturer membuat gila dengan menukar set A kepada set B, kita juga akan ternganga. So, study la semua... Yapada lecturer.. dia juga yang bagi spot tu.
Kesimpulannya.. tak tahulah apa keputusan dari banyak kekacauan minggu-minggu exam ni. Study tu, study jugak. Complete lunatics je tak study untuk final. Rasa gabra plak nak tengok result nanti. If I can still get good result, then I'm a certified genius. But it seems very unlikely...

Okay..okay.. saya dah insaf. Final sem depan tak buat macam ni lagi. Dengan syarat VC UiTM jangan buat fun fair lagi waktu exam. Saya dah teruja dengan mood 'fun' tu.

Tuesday, November 14, 2006

My Girl

Sekali sekala adalah dibenarkan untuk obses dengan sesuatu drama bersiri.


Seperti Faisal Tehrani dengan Bawang Merah Bawang Putihnya,

dan Pak Lang yang teruja dengan Sarah "Kiamat Sudah Dekat"nya.


maka saya sudah gila dengan cerita ini:


WaH! (Jerit nyaring seperti gadis2 terjumpa pop star di tengah jalan)

Ada banyak review dan sinopsis mengenai cerita ini, dan saya pasti tidak boleh mengatasi yang ini.

So, I won't bother.

Sudah pasti 30% dari kegilaan saya datang dari dia:


Nampaknya saya masih belum outgrew this obsession on shallowness. Haha. But, he truly can act. Betul. Tak tipu.

Saya terlambat sikit berbanding penonton lain di Malaysia. Cerita ini sudah selamat habis ditayangkan di Malaysia sebelum saya mula melihatnya.

But, thanks to the internet technology and the communities of Korean HDTV-rippers and fansubbers, serta kehebatan mereka yang memuat-turun dan mengedarnya seantero IPT Malaysia, saya dapat melihatnya tanpa alih bahasa mandarin (yang kadang menjengkelkan.. biar drama korea dengan bahasanya sendiri!), format HDTV (yang menyerupai DVD) dan sarikata bahasa inggeris.

Ahh.. long live the fansubbers... and the portable hard disk owners..

Friday, October 27, 2006

Ayat-ayat Cinta

Saya sudah ada copy sendiri! Tak perlu tunggu achik balik dari Adelaide untuk mengulang baca.

Berita baik untuk pembaca Malaysia. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama. Salinan saya pun diperolehi dari MPH, hadiah Aidilfitri untuk diri sendiri, dibeli menggunakan duit raya.

Ahh.. saya tidak tahu bagaimana mahu membuat review buku ini. Terlalu banyak review yang bagus-bagus di luar sana. Saya cuma tahu menceritakan perasaan saya semasa dan selepas membaca buku ini.

Kali pertama saya membaca novel ini adalah tahun lepas, selepas Encik Anuar dan geng-geng YPU membawanya pulang dari Jakarta. Mereka balik dari melawat Pesta Buku di sana.

Saya digesa membaca buku ini oleh semua orang. Lebih-lebih lagi Mak Ina. dan Pak Busu. dan Encik Anuar. dan Nadiah. dan semua orang.

Okay.. saya baca. Mula membaca dengan satu perasaan yang agak skeptikal. Benar sangat baguskah buku ini?

Di awal membaca, saya terbang ke Mesir. Membaca novel ini seolah-olah membaca jurnal seseorang. Dan seseorang itu Fahri, watak utama novel ini. Ia mencatat perjalanan biasanya sehari-harian, menaiki metro, menempuh panas terik untuk pergi mengaji, balik dan kehausan, nikmatnya minum air sejuk ketika itu..

Tapi ianya tidak biasa. Di dalam kebiasaan catatan hari-hariannya itu, saya dapat merasa betapa luar biasanya manusia Fahri ini. Dia begitu merendah diri, sopan, sederhana, kehidupannya tenang, membuatkan saya tenang membacanya. Membuatkan saya begitu kepingin menjadi seperti dia, yakin dengan diri dan ketentuan Allah untuknya, dan kehebatan peribadinya dalam mencari ilmu. Malu saya yang menggelar diri ini pelajar sepenuh masa.

Novel ini saya rasa jauh lebih banyak mengenalkan kita kepada Fahri ini, yang begitu menawan adab dan sifatnya daripada menceritakan jalan cerita bombastik dan suspen. (Mungkin tidak sehingga 3/4 novel ini).

Novel ini terlalu mengusik perasaan, bukan dari segi plot-plot yang mengejutkan ataupun tragis. Tapi, saya merasakan pengarang membina perasaan itu sedikit demi sedikit sehingga klimaks cerita ini, yang..

Ai, takkanlah saya mahu merosakkan pengalaman ini untuk anda. Anda perlu membina sendiri perasaan itu sedikit demi sedikit, dan bersedia menghadapi pengakhiran cerita karangan Habiburrahman El Shirazy ini.

Selamat Membaca!

(cemburu saya kepada mereka yang belum membaca buku ini, tapi hanya pada mereka yang mahu membacanya)

Friday, October 20, 2006

Cursed

Yesterday someone whom I haven't contacted for a long time messaged me. I was surprised. He was once someone close to me. He was always making me laugh. I liked him very much. He gave me a bouquet of roses for my convocation. It was the first time ever that I received flower from a guy.

But I guess our friendship just wasn't meant to be. He wanted something more. But I can't give it. I don't want to give it. I guess he was hurt by my decision. We stopped contacting each other.

It has been almost one and a half year. I was pleasantly surprised yesterday. Well, raya is coming and maybe this is my chance to say sorry if I've hurt his feelings before.

I didn't get the chance. Almost immediately he told me he now has a girlfriend that he met this Ramadhan month and started telling me how wonderful she is. Then he said it's my loss that I rejected him. His exact words were "Itulah, dulu M*** ajak bercinta tak nak, Lin jual mahal sangat."

What the?? I was really irritated. And I guess my reply to him wasn't exactly delicate. I was very sarcastic with it. My intent was to hurt.

But looking back now after 24 hours, I think should've arranged my words with more care. This is a person, who almost immediately after he got "someone" messaged me to taunt me with it.

I was not jealous. I was just really confused. Why? Why this "revenge"?

I think.. back then I must've hurt him very much. For him to make this kind of action. To prove that there is nothing wrong with him. To prove that the blame is with me.

I'm sorry. Very sorry. Thing of the heart is really delicate.. I think... I never meant to promote his feeling back then, and as far as I know I never did. I don't even remember how I rejected him. I guess I'm the worst.

*****************************************************************
I am really bad when it comes to matters regarding the heart. I'm not rational (as always). My heart always refuse to follow what my head is saying. I'm cursed.

I'm afraid.. that one day.. I too...

Arghh! Let's pray that it won't come to that.

Sunday, October 01, 2006

Manga

Saya memang suka membaca. Minat, suka, ketagih. Saya membaca di mana-mana. Rasa tidak lengkap ritual tidur kalau tak membaca sebelum terlena. Membaca dalam gelap sampai mata dah jadi empat. Suka membaca.

Tapi, yang tragisnya saya sekarang di dalam period lebih banyak membaca bahan bacaan lagho dari yang akademik, berguna, ilmiah, islami dan sebagainya. Dalang utamanya ialah manga (disebut "mangga"). Bukan!! bukan majalah Mangga meloya keluaran Utusan itu, tapi manga, komik-komik Jepun.

Seingat-ingat, manga pertama yang saya baca ialah ini :

Komik-komik Doraemon saya semuanya dibelikan oleh ibu. Ini adalah masa dari darjah 2,3 hingga 6 kalau tidak silap. Pada masa yang sama, ada juga saya beli Kisah Panjang Doraemon. Tajuk-tajuknya seperti Nobita dan Dinosaur, Nobita dan Penunggang Dinosaur, Nobita dan Dunia Robot... macam-macam lah. Saya banyak berterima kasih kepada Doraemon yang banyak memperkenalkan saya tentang perkara baru. Saya pertama kali mengetahui mengenai Nostradamus, Komet Halley, Evolusi, Ilusi titik buta, Raksasa Loch Ness, konsep dunia berlainan dimensi semuanya melalui Doraemon.



Kemudian, satu hari, kerana bosan menunggu di bahagian pediatrik SJMC, saya beli manga ini di kedai SJMC:

Wah.. siapa yang tidak teruja dengan pengembaraan Goku dan kawan-kawannya? Dan budak darjah 5 itu pun kalah dengan kisah advencer budak berekor ini. Pengembaraan Goku darilah dia kecil, sampai dewasa, berkahwin, mempunyai anak, mati, hidup semula, mati, hidup semula, mati, hidup semula saya ikuti dengan setia, hinggalah buku episod terakhirnya, apabila dia terbang meninggalkan Pertandingan Kungfu Antarabangsa bersama Uub.






Bila saya di darjah 6, saya ditawan dengan satu genre manga, shoujo manga (komik gadis). Ia bermula dengan manga ini:

Ahh.. Sailormoon.. Saya seperti tidak percaya wujudnya manga seperti ini. Ia ada hampir segala-galanya yang saya suka. Gadis-gadis jelita yang kuat dan mengalahkan musuh, mitos mengenai peradaban di bulan yang telah hilang, planet-planet, Puteri Bulan, kristal, dan Tuxedo Mask.. tidak ada manusia setampan, sekacak, sehebat dia di bumi ini. (Ya.. saya hanyalah 12 tahun pada waktu itu.. sila maafkan kenaifan). Saya sudah menyukai bulan dari kecil, apabila muncul satu manga yang menceritakan tentang bulan dan legendanya, tidak boleh tidak saya pasti jatuh cinta.





Terima kasih kepada Pak Busu (yang memberi arahan buka buku dalam sudut 90 darjah), saya terbaca manga ini sewaktu Tingkatan 1.

Hahaha! Sakit perut saya baca manga ini.. Sakuragi.. adui.. kau memang lawak.. Manga ini tiada unsur fantasi, magis atau futuristik. Tapi, ia memang sangatlah menarik, dan yang paling penting sangat kelakar! Bukanlah saya tidak dapat menghargai semangat kesukanan yang ditunjulkan, saya gembira bila Shohoku memenangi perlawanan! Tapi saya lebih tertarik dengan komedinya! (Nadiah, kau 10 tahun terlewat membaca manga ni).






Habis era Slamdunk, Sailormoon, Dragonball, Doraemon dan zaman kegemilangan Comic House serta Tora Aman, saya membaca Kreko. Tapi, apabila hanya satu dua siri yang saya betul-betul ikut, saya berhenti membelinya. Lama juga saya berhenti membaca manga. Hanya terkadang 'menelaah' manga-manga edisi lama.

Awal tahun 2004 saya mula tahu mengenai 'scanlation'. Ia adalah kegiatan mengimbas manga dalam format asal bahasa Jepun, mengalih bahasa selalunya ke bahasa Inggeris, memadam tulisan Jepun dan meng'edit' imbasan-imbasan itu menjadi lebih bersih. Ia kemudian diedarkan untuk bacaan umum. Lebih info di sini.

Wah! Benarkah ini? Saya di awang-awangan.. Awan menjadi lebih tinggi apabila rumah saya melanggan Streamyx. Kegiatan memuat turun menjadi lebih giat. Sehingga hard disk saya terlalu penuh. Saya kini sudah membaca berpuluh-puluh manga, ada yang sangat menarik, ada yang sangat bermain dengan emosi (sehingga saya menangis-nangis), ada yang sangat kelakar, lebih kelakar dari Slamdunk (cuba baca School Rumble), dan sudah tentu, berpuluh-puluh shoujo manga juga. Saya pakar dalam memberi rekomendasi shoujo manga apa yang perlu dibaca.

Tapi, itulah, seperti dikatakan di awal entri tadi, saya ini sudah terlalu banyak membaca manga akhir-akhir ini. Rasanya saya perlu mengimbanginya dengan membaca lebih banyak buku. Siapa boleh rekomen buku apa yang menarik dibaca?

Cedera

"Jatuh yang paling sakit, adalah jatuh dari tempat yang tinggi."

Saturday, September 23, 2006

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa, pada yang di Australia, di England, di Jogja..

dan terutama di Malaysia.

Tuesday, September 05, 2006

Kematian Crocodile Hunter

Rasa-rasanya hampir satu dunia terkejut dengan kematian si 'Pemburu Buaya' Encik Steve Irwin. Saya terkejut, dan agak sedih. Hari ini berita kematiannya terpampang di dada-dada akhbar. Banyak juga blog yang bercerita tentangnya. Blog ini sebagai blog kontemporari (eceh..) pun tak nak ketinggalan. Kali ini dari perspektif saya, dan kawan baik. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Monday, September 04, 2006

Kuiz yang Banyak

You Are From Jupiter

You are exuberantly curious - and you love to explore newness.
Enthusiastic and optimistic, you get a kick out of stimulating intellectual discussions.
Foreign cultures and languages fascinate you. You love the outdoors, animals, and freedom.
Chances are you tend to exaggerate, so try to keep a lid on that.
If you do, you'll continue to be known for your confidence, generosity, and sense of justice.


You Should Rule Venus

Venus is a mysterious, stormy planet - shrouded in a thick layer of clouds.

You are perfect to rule Venus, because you are quite emotional and volatile yourself.
Your emotions change as rapidly as the weather on Venus, and both you and the planet are incomprehensible to others.

While you are not a logical thinker, you are quite empathetic.
You can care for and understand others, but your emotions swirl too quickly to truly understand yourself.


You Are 7: The Enthusiast

You are outgoing and playful - always seeing the happy side to life.
You're enthusiastic and excitable. You love anything new.
Multi-talented, you do many things well... and find success easy.
You prefer to keep things light with others. Opening up is hard for you.


You are Ocean Blue

You're both warm and practical. You're very driven, but you're also very well rounded.
You tend to see both sides to every issue, and people consider you a natural diplomat.


Your Theme Song is Beautiful Day by U2

"Sky falls, you feel like
It's a beautiful day
Don't let it get away"

You see the beauty in life, especially in ordinary everyday moments.
And if you're feeling down, even that seems a little beautiful too.


Your Birth Month is December

You love life and exude an outgoing, cheerful vibe.
Blessed with a great sense of humor, you can laugh at adversity.

Your soul reflects: Celebration, success, and wealth

Your gemstone: Blue Topaz

Your flower: Narcissus

Your colors: Indigo, green, and blue-green


Saya..banyak kerja tapi takde mood nak buat. Jadi saya buat ini. Baguskan saya.

So, komenlah atas result kuiz-kuiz ni.. Betul kah saya seperti keputusan kuiz-kuiz ni? Achik? Mak Ina?

Sunday, September 03, 2006

Entri Merdeka yang Terlambat


Sekitar Malam Aneka Budaya, Festival Kemerdekaan UiTM, 28 Ogos 2006.

Malam itu, ada banyak persembahan dari kolej-kolej kediaman. Segala jenis tarian rakyat dipersembahkan, dari Inang, Zapin, Ulik Mayang, Joget 106, Sumazau, Ngajat, Dikir Barat hinggalah Boria.

Di tengah-tengah persembahan tiba-tiba ada persembahan khas dari pelajar-pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar Timur Tengah, Somalia. Menyanyikan nasyid dalam Bahasa Arab. Aik.. muka lead singer ni macam familiar..

"Eh, tu Osama budak kelas aku."

"Ye ke? Mana? Mana?" Nadiah. "Wah.. " (sambil menyinggung pinggang orang)

"Hissy..apa ni?"

Usai persembahan, Osama memberi ucapan;

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-49. Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

"Hah?! Haha.. adui..sakit gelak.."

UiTM menyambut kemerdekaan dengan pelbagai acara, FesKem antara yang paling meriah. Ada pelbagai gerai, pameran..pameran kitar semula, Lebanon, MPP.. Ini bagus..memang bagus..

Kemudian UiTM sambut lagi merdeka dengan Konsert KRU dan tayangan Gubra. Ha.. merdeka sangatlah tu.

Apa erti merdeka tahun ini bagi saya?

-> Cuti Merdeka yang disambungkan dengan cuti semester.

Sunday, August 27, 2006

Pluto

Wah? Pluto tidak lagi dikira sebagai planet? Maklumat di sini.

Kalau macam tu.. apa akan jadi pada Sailor Pluto?

























(Haha.. ini pula yang difikirkan..)

Kalian, Selamat Bertunang!

Masih tergambar lagi, masih terasa kegembiraan majlis kenduri tempoh hari. Tahniah pada Pak Busu, dan Kak Rajiha (yang bakal ber'title' Mak Busu insyaAllah tahun depan). Kegembiraan ini berjangkit ye Pak Busu? Dan untuk merasa juga kegembiraan ini, (terutama selepas melihat barang hantaran yang cantik-cantik itu!) terasa seperti nak bertunang juga!



















Gambar ini, ditengok menggunakan komputer fakulti. Tiba-tiba, kawan sebelah berkata,

"Wah.. hensemnya Pak Busu kau Lin.."

"..... hensem ke?"

Haha.. sorrylah atas jawapan tak convincing.

Kemudian, kawan tu yang agaknya teruja selepas melihat kegembiraan majlis pertunangan tu, buat dialog macam ni pulak.

"Lin, kalau kau suka pada Si O ke, Si A ke, cakaplah pada Abang R. Dia boleh tolong 'adjust'kan."

"......."

"Aku, tak bolehlah nak suka diorang. Aku bukan solo."

"Aku Han Solo."

"Hah?"

"......."

Terima kasih atas keprihatinan kalian dengan status 'Single' saya. Terima kasih pada En Anuar yang menyokong dan nak memberi Angah pada saya. Biarlah dia dengan buah hatinya. Budak MCKK memang ditakdirkan dengan budak TKC. Alin hanya anak singkong...

Minggu depan, 30 hb malam nak berlepas ke Alor Star pula. Kali ini, abang kesayangan tanpa pilihan pula nak bertunang. Terima kasih atas tiket bas sponsor! Dan terima kasih pada Mak Ina yang sponsor kasut nak pergi bertunang (abang, bukan saya). Sayaaanng.. Mak Ina!

Frame of mind tengah gembira dengan kebahagiaan orang sekeliling. Kemudian tertanya-tanya bila kegembiraan ini di pihak sendiri. Tiba-tiba..

Di majlis penyerahan Agreement dan penerangan syarat2 tawaran JPA..

"Bla..bla... Anda tidak dibenarkan berkahwin tanpa kelulusan JPA ... blabla.. bla.."

"Hah?!"

Saturday, August 19, 2006

Boycott Israel

Doing my part..

Friday, August 18, 2006

Kenduri

Esok.

Selepas Subuh nak balik kampung. Dengan emak, dan 4 hero. 2 hero rumah, 2 hero cuti sekolah. Di kampung, ada kenduri. Nak terima orang baru.. Pakcik yang bongsu, nak bertunang.

Keluarga besar ini nak terima satu lagi orang baru! (yang bukan baru dilahirkan). Kali terakhir dulu sedekad yang lepas. Hampir tiada memori mengenai kenduri waktu tu.. ingatan samar-samar.. Yang masih lekat :
  1. Tengok nenek buat agar-agar dalam bekas bentuk bunga, selapis demi selapis dengan bermacam-macam warna supaya daunnya warna hijau, bunganya warna merah, latarnya warna putih. Agar-agar hantaran.
  2. Masukkan gula-gula dalam bekas telur. Banyaknya gula-gula.. banyaknya bekas.. letih tangan.
  3. Kad jemputan kahwin yang ada 2 versi, dan salah satu ada typo pulak tu. Nama sapa disalah eja pun tak ingat.
  4. 2 balai dinaikkan depan rumah. Bila main badminton bulu tangkis asyik jatuh atas bumbung dia. Bila orang turunkan balai baru dapat balik banyak-banyak bulu tangkis.
  5. Jadi kendarat.. ala.. bukan kendarat sangat pun.. takat bagi gula-gula je pun..
  6. Waktu tu Achik dan Pak Busu khatam Quran.. depan Arwah Wan Haji.. Waddhuha..
Besok kenduri pertunangan.. belum lagi kenduri perkahwinan... tapi, akan ada ciri-ciri umum setiap kenduri la, kaum-kaum ibu di dapur potong-potong cili, kaum-kaum bapa potong ayam.. masak bersama-sama.. susun hidangan dalam dulang, dulang untuk lelaki, orang lelaki angkat ke atas, dulang untuk perempuan makan di depan.. nenek-nenek yang datang menolong suka makan di dapur.. kita yang diajak-ajak oleh makcik-makcik yang sedang makan di depan, join seround jugak.. curi tulang.. habis kenduri, gadis-gadis kemas-kemas, dan yang utama basuh pinggan yang menggunung.. Seronok sebenarnya basuh pinggan ni bila berjemaah.. Dah rancak mencuci pinggan, rancak jugak mulut berjalan. Segala macam cerita nenek kebayan la keluar nanti. Tapi, tak best kalau jumpa katak.. Aiya.. janganlah katak keluar besok dekat bilik air belakang tu..

Waktu si gadis-gadis dan anak dara ni tengah sibuk mengemas, mana pergi anak-anak bujang? Main bola.. tengok Naruto..

Kenduri itu memenatkan, tapi seronok. Kali ini lebih menyeronokkan sebab kita meraikan Pak Busu dan beri alu-aluan kepada bakal Mak Busu. Lepas selesai kenduri ni, boleh buat persiapan untuk kenduri pernikahan pulak.

Eh, bila baca balik, teringat pula 2 tahun lepas ada terima orang baru juga.. kenapa tak ingat tadi ya.. Oh.. tiada kenduri...

Saturday, August 12, 2006

Happy List Part 1

  1. Rainy nights
  2. Full moon
  3. Rainbow sightings
  4. Cute babies, cute toddlers, happy kids
  5. Good books
  6. Watching movies
  7. Watching movies at cinema (another thing entirely)
  8. The night before Raya
  9. Saturday nights
  10. Saturday nights before the beginning of semester breaks (also another thing)
  11. Good songs
  12. Beaches, the first sighting of it
  13. Conversations over dinner
  14. Phone conversations with aunts
  15. Balik kampung
  16. Surrounded by my brothers, listening to their quarrels
  17. Cheezy Wedges KFC
  18. Mails from some'one'
  19. Taking pictures
  20. Having my picture taken
  21. The Day of my birthday every years
  22. Beautiful scenery
  23. Night outings, love watching street lamps, buildings' lights
  24. Good sitcoms, (Friends, Scrubs, etc)
  25. Winning a match, be it Tic Tac Toe, Domino or Congkak (if only I can win chess games)
  26. Starry nights
  27. Libraries
  28. New testimonials
  29. Old testimonials
  30. Missed calls from friends (you're being missed!)
  31. Good academic results
  32. Loan masuk
  33. The color blue (although people say it's a melancholy color, for me it makes me happy)
  34. Making other people happy
  35. Being appreciated
  36. Good jokes
  37. Singing
  38. Dancing
  39. New books
  40. New clothes, new shoes, new tudungs.. you see the pattern..
  41. Secret Recipe's cheese cakes
  42. Seeing my atuk and nenek happy
  43. Seeing my mom happy
  44. Seeing my family happy
  45. Dapat duit raya (coz it's becoming reallyyy rare)
  46. Talking with Pak Busu about philosophy, religion, sport, Zidane, everything under the sun
  47. England winning (football matches)
  48. Liverpool winning
  49. New blog template
  50. Manga! Love them to death
  51. When my favorite manga series is updated by it's scanlation group
  52. Cancelled classes (tak patut betul..)
  53. Cancelled quizzes/tests (pun tak patut..)
  54. When it's time to sleep.. ZzzzZZzz..
  55. People smiling
  56. Strawberry cecah cokelat (Hahaha...)
  57. Naik buaian
  58. Kesyukuran atas nikmat
  59. Ketenangan hati
  60. Keredhaan ALLAH (dan ini yang paling utama)

There's many more to come.. that's why this is only Part 1.. When I know what more to put I'll do Part 2. If not, then I'm lazy, because being lazy also sometimes makes me happy. You may ask what bring this? Why the list? Well.. you may ask.. I may not necessarily answer.. But, you can say it's because I know people who find it hard to be happy. Just happy, without any 'buts'. From the list, happiness for me can come from simple things. How about stop, and take a look around. There are many things that can bring pleasures.

Janganlah kerana kerisauan masa depan, kebahagian masa kini dikorbankan...

Bahagia

Kenapa sesetengah orang cukup sukar untuk merasakan bahagia? Kenapa banyak pertikaian sebelum bahagia? Kenapa banyak halangan (yang lazimnya dalam minda) untuk bahagia? Kenapa kebahagiaan perlu ditangguh?

"Happiness is a journey, not a destination"

Bahagialah, sekarang!

Friday, August 11, 2006

Hiatus

Life happened la.. sebab tu lamaaa tak update blog.. Ada jugak orang yang enquire.. ada jugak pembaca blog ni rupanya.. Hehe..

Kelas dah bermula, cabaran..cabaran.. Jam kredit bertambah hampir sekali ganda dari semester lepas. Ada pulak subject "killer" seperti Operating System, Mathematic Discrete, Data Networking..Takut jugak. Sebelum ni memang ada sumpahan semester 2. Result semester lain elok-elok.. tiba2 semester 2 ada bikin slack. Tapi, azam dah bulat, nak dapat Anugerah Naib Canselor. Tak ada alasan lagi, mesti DL setiap semester. Insya Allah.. istiqamah!

Oh, kata-kata terakhir tu, diambil dari status YM seseorang.. Yang dalam proses "mengenal diri". Tengah ideal kata Achik. Idealis.. Tapi, kenapa lah kan.. bila manusia ni dah berjumpa sesuatu baru, yang dirasakan hendak dicapai, nak mengubah diri, macam meng'reject' segala yang sebelumnya? Tak ada rasa contradict di dalam hati ke macam tu? Tak rasa dia alienate orang2 yang mengenali dia sebelum ni? Bukankah elok reformasi diri secara perlahan-lahan? Revolusi ni tak mengejutkan ke? Tapi, ini pandangan peribadi lah kan, mungkin setiap orang ada cara sendiri.. yang penting keredhaan Allah.. Insya Allah..

Semester ini ada banyak dugaan, banyak juga keseronokan. Semenjak ada 'kenaikan' (baca: kenderaan) ni, macam dah tumbuh sepasang kaki baru. Berjalan "broom broom" sepanjang masa.

Mengenali dan dah mula jatuh cinta dengan Shah Alam sebenarnya. Cantik bandar ini. Lebih-lebih di waktu malam bila bermacam-macam lampu menyala. Bila rasa tak tenteram, berjalan ke Tasik Shah Alam, dan curi-curi naik buaian. Bila kali terakhir anda menaiki buaian? (Buaian besi depan rumah tak kira ya) Naik buaian ni simple pleasure sebenarnya. Sangat seronok! Bila naik tu, cuba naik dengan bersungguh-sungguh. Kalau ada geng naik di sebelah, buat lah race sapa paling tinggi ke..

Sebenarnya, banyak keindahan, keseronokan, ketenangan yang boleh diperolehi dengan mudah dekat dunia ni. Tapi, yang paling utama (in my humble opinion) adalah jangan conflict di dalam hati. Conscience mesti clear.

Falsafah hidup sekarang ini adalah : Fokus kepada perkara yang menyebabkan diri gembira. Semoga bila hati tenang dan gembira, mendapat semangat dan motivasi diri untuk menggembirakan orang lain juga, dan melakukan kerja-kerja berfaedah yang akhirnya menyebabkan kita lebih gembira. E.g: Study = good result = very happy ^_^

Oh, gembiranya entry ni. Entry lepas ni nak list down perkara-perkara yang boleh buat gembira.

Sunday, July 16, 2006

Tombo Ati (Obat Hati)

Tombo Ati (Obat Hati)

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti ALLAH nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur'an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti ALLAH mencukupi


-Lagu ini dinyanyikan oleh Opick, seorang penyanyi lagu-lagu Islami Indonesia.

Kala rasa diri ini kesedihan, lagu ini sangat mengubat jiwa.. bolehlah diaplikasikan salah satu dari kelima perkara ini, InsyaAllah walaupun hanya satu dilakukan, Allah akan mencukupi semuanya..

Wednesday, July 05, 2006

Poor World Cup Host


















Look.. don't you just pity them? Crushed on their own soil. In front of their own supporters.

For the lack of better words to insult Italy, this is a classic riddle from my brother, Aiman.

"Kak Lin, negara apa yang paling jakun?"

"Apa?"

"Eeee... tali..."

Tuesday, July 04, 2006

Koi Mil Gaya



Interpret lah sendiri..