Sewaktu saya di Tingkatan 1, saya bersekolah di kampung. Saya bersekolah di sana sehinggalah awal Tingkatan 4. Sewaktu itu di rumah hanyalah Atuk, Nenek, saya dan Koreng si kucing. Maka jika saya takut tidur keseorangan saya akan mencari Koreng untuk tidur bersama saya. Jika saya tidak dapat cari Koreng, walaupun ada semut di bilik itu cukuplah saya berasa selamat. Sekurang-kurangnya ada makhluk hidup yang menemani saya tidur.
Sewaktu bulan Ramadhan dan terutama sekali 10 malam terakhir, Atuk memang tidak pernah gagal untuk bangun di tengah malam untuk solat. Saya tahu dia menunggu Malam Lailatul Qadar. Kadang-kadang jika saya terbangun, saya berani turun ke bilik air kerana saya tahu Atuk ada di bilik sembahyang di sebelah.
Saya seolah-olah dapat merasakan yang Atuk pasti pernah terjumpa Lailatul Qadar. Suatu hari saya bertanya pada Atuk, “Atuk, kalau Lailatul Qadar ada nampak apa?” Atuk dengan senyum penuh rahsia menjawab “Nampak harimau.”
5 comments:
Pak Busu pernah baca diari atuk tahun 98. Atuk tulis atuk jumpa Lailatul Qadar.
Oh! Nak baca! Hmm.. meremang bulu roma pulak..
Aleen,
Tahniah untuk siri cerita atuk. Boleh diteruskan, sehari satu siri dan jangan lupa do'akan atuk juga.
Teruskan usaha!
Usaha tangga kejayaan!
p/s: Mungkin hanya awak cucu atuk yang masih punya ingatan kuat tentang atuk. Coz ada cucunya yang telah hilang ingatan semenjak kepala dihantuk ke dinding. (kisah benar ke tu?).....ntahlah..ha..ha..
Taklah Mak Ina,lawak je tue.Gelak ar.hehe..
Mak Ina : terima kasih.. Insya Allah akan diteruskan. Tapi sehari satu siri tu macam aspirasi yang terlalu besar. Mungkin sedikit-sedikit dahulu. (Alin bukanlah orang yang paling konsisten) ;)
Nadiah : Yapada jawapan.. hehe.. (Oh ya)
Post a Comment