Friday, October 27, 2006

Ayat-ayat Cinta

Saya sudah ada copy sendiri! Tak perlu tunggu achik balik dari Adelaide untuk mengulang baca.

Berita baik untuk pembaca Malaysia. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama. Salinan saya pun diperolehi dari MPH, hadiah Aidilfitri untuk diri sendiri, dibeli menggunakan duit raya.

Ahh.. saya tidak tahu bagaimana mahu membuat review buku ini. Terlalu banyak review yang bagus-bagus di luar sana. Saya cuma tahu menceritakan perasaan saya semasa dan selepas membaca buku ini.

Kali pertama saya membaca novel ini adalah tahun lepas, selepas Encik Anuar dan geng-geng YPU membawanya pulang dari Jakarta. Mereka balik dari melawat Pesta Buku di sana.

Saya digesa membaca buku ini oleh semua orang. Lebih-lebih lagi Mak Ina. dan Pak Busu. dan Encik Anuar. dan Nadiah. dan semua orang.

Okay.. saya baca. Mula membaca dengan satu perasaan yang agak skeptikal. Benar sangat baguskah buku ini?

Di awal membaca, saya terbang ke Mesir. Membaca novel ini seolah-olah membaca jurnal seseorang. Dan seseorang itu Fahri, watak utama novel ini. Ia mencatat perjalanan biasanya sehari-harian, menaiki metro, menempuh panas terik untuk pergi mengaji, balik dan kehausan, nikmatnya minum air sejuk ketika itu..

Tapi ianya tidak biasa. Di dalam kebiasaan catatan hari-hariannya itu, saya dapat merasa betapa luar biasanya manusia Fahri ini. Dia begitu merendah diri, sopan, sederhana, kehidupannya tenang, membuatkan saya tenang membacanya. Membuatkan saya begitu kepingin menjadi seperti dia, yakin dengan diri dan ketentuan Allah untuknya, dan kehebatan peribadinya dalam mencari ilmu. Malu saya yang menggelar diri ini pelajar sepenuh masa.

Novel ini saya rasa jauh lebih banyak mengenalkan kita kepada Fahri ini, yang begitu menawan adab dan sifatnya daripada menceritakan jalan cerita bombastik dan suspen. (Mungkin tidak sehingga 3/4 novel ini).

Novel ini terlalu mengusik perasaan, bukan dari segi plot-plot yang mengejutkan ataupun tragis. Tapi, saya merasakan pengarang membina perasaan itu sedikit demi sedikit sehingga klimaks cerita ini, yang..

Ai, takkanlah saya mahu merosakkan pengalaman ini untuk anda. Anda perlu membina sendiri perasaan itu sedikit demi sedikit, dan bersedia menghadapi pengakhiran cerita karangan Habiburrahman El Shirazy ini.

Selamat Membaca!

(cemburu saya kepada mereka yang belum membaca buku ini, tapi hanya pada mereka yang mahu membacanya)

9 comments:

Anonymous said...

hmm... saya x penah dgr pon buku tu... b4 u tell me how lame of me not to knw or heard of the book, i shud juz say i'm never an avid reader..

Anonymous said...

tp mesti best buku tu... sbb dulu rasanya mak ina ada rekemen satu buku tu, and mmg best pon buku tu... even tho it took me a long time to finally pick up the book and read it... hehe

Fadzlin said...

arisin' : Oh.. awak mesti kena baca.. It's a must.I'll lend you mine, kalau janji tak jadikan nasib buku tu seperti buku 1511H saya...

Anonymous said...

buku 1511? hmm... i have no memories of that book... hmm... buku ape tu yek? hehehe... serius x ingat..

Fadzlin said...

1511H, buku Faisal Tehrani. I bought it with your kaklong and Nadiah, book fair tahun bila tah. You managed to spill some kind of liquid dekat dia. Sampai sekarang, dah tak nampak dah buku tu.. Ha, ingat tak? Ganti balik..

Anonymous said...

hmm... still x ingat... sorry *dgn muka innocent*... nnt blk msia nnt ganti balik... no worries..

Fadzlin said...

arisin' : haha.. tak kisah pun sebenarnya.. dah baca dah, dan pak busu pun ada copy buku tu. tak jadi lah muka innocent tu.. takde talent.

Anonymous said...

yeay! xyah ganti! seronoknye saya!! seronoknya abes first year! dah nak balik msia! acik nak dtg melbourne! waahhh... alhamdulillah hidop penuh keseronokan waktu ni..

Fadzlin said...

wah banyaknya keseronokan! I won't be totally seronok sampailah last paper 23rd November nih.. Wish me luck.
Ehem..ehem.. sebarkanlah keseronokan tu kepada orang2 di sini jugak eh.. (nak tuntut poskad)