Selepas Subuh nak balik kampung. Dengan emak, dan 4 hero. 2 hero rumah, 2 hero cuti sekolah. Di kampung, ada kenduri. Nak terima orang baru.. Pakcik yang bongsu, nak bertunang.
Keluarga besar ini nak terima satu lagi orang baru! (yang bukan baru dilahirkan). Kali terakhir dulu sedekad yang lepas. Hampir tiada memori mengenai kenduri waktu tu.. ingatan samar-samar.. Yang masih lekat :
- Tengok nenek buat agar-agar dalam bekas bentuk bunga, selapis demi selapis dengan bermacam-macam warna supaya daunnya warna hijau, bunganya warna merah, latarnya warna putih. Agar-agar hantaran.
- Masukkan gula-gula dalam bekas telur. Banyaknya gula-gula.. banyaknya bekas.. letih tangan.
- Kad jemputan kahwin yang ada 2 versi, dan salah satu ada typo pulak tu. Nama sapa disalah eja pun tak ingat.
- 2 balai dinaikkan depan rumah. Bila main badminton bulu tangkis asyik jatuh atas bumbung dia. Bila orang turunkan balai baru dapat balik banyak-banyak bulu tangkis.
- Jadi kendarat.. ala.. bukan kendarat sangat pun.. takat bagi gula-gula je pun..
- Waktu tu Achik dan Pak Busu khatam Quran.. depan Arwah Wan Haji.. Waddhuha..
Waktu si gadis-gadis dan anak dara ni tengah sibuk mengemas, mana pergi anak-anak bujang? Main bola.. tengok Naruto..
Kenduri itu memenatkan, tapi seronok. Kali ini lebih menyeronokkan sebab kita meraikan Pak Busu dan beri alu-aluan kepada bakal Mak Busu. Lepas selesai kenduri ni, boleh buat persiapan untuk kenduri pernikahan pulak.
Eh, bila baca balik, teringat pula 2 tahun lepas ada terima orang baru juga.. kenapa tak ingat tadi ya.. Oh.. tiada kenduri...
7 comments:
heheheh... 2 tahun lepas ya.. org 'baru' tu dah keluarkan 2 orang baru lagi...kan..kan..kan..
Haha.. itulah.. tak patut betul untuk dilupakan.. tau tak chik, baby yang dibawa balik kali ini, boleh ingat anak dia.. sedangkan Halimah, anak Cik Ati..tak ingat langsung Cik Ati pun ada baby baru... konfius lah!
Ko bila lagi nak buat kenduri? Nenek Sareah dah offer kawan Pakdik. Baik sebelum bulan 12. Ada orang nak sponsor budget(marah anak dia).hehe..
Itulah.. Nenek pun dah suruh aku ambik bunga rampai orang sebelah, suruh ambik berkat. Ambik berkat apaaa.. nenek oi... Nenek ni, kalau boleh nak dapat orang baru 2,3 orang sekali gus.. satu-satu lah dulu.. Hehe..
Tak naklah kawan Pakdik.
Entertaining Entry.
Thanks - for sharing the moments. A brilliant break - for these messy days..
Entertaining Entry.
Thanks - for sharing the moments. A brilliant break - for these messy days..
Thanks for saying that it's entertaining.. It's a motivation for me to write more, knowing that I have readers, and they like what I wrote..
Anyway, why don't choose 'Other' identity and tell me who you are.. this anonymous guessing can be tiring.. Hehe..
Post a Comment