Friday, August 18, 2006

Kenduri

Esok.

Selepas Subuh nak balik kampung. Dengan emak, dan 4 hero. 2 hero rumah, 2 hero cuti sekolah. Di kampung, ada kenduri. Nak terima orang baru.. Pakcik yang bongsu, nak bertunang.

Keluarga besar ini nak terima satu lagi orang baru! (yang bukan baru dilahirkan). Kali terakhir dulu sedekad yang lepas. Hampir tiada memori mengenai kenduri waktu tu.. ingatan samar-samar.. Yang masih lekat :
  1. Tengok nenek buat agar-agar dalam bekas bentuk bunga, selapis demi selapis dengan bermacam-macam warna supaya daunnya warna hijau, bunganya warna merah, latarnya warna putih. Agar-agar hantaran.
  2. Masukkan gula-gula dalam bekas telur. Banyaknya gula-gula.. banyaknya bekas.. letih tangan.
  3. Kad jemputan kahwin yang ada 2 versi, dan salah satu ada typo pulak tu. Nama sapa disalah eja pun tak ingat.
  4. 2 balai dinaikkan depan rumah. Bila main badminton bulu tangkis asyik jatuh atas bumbung dia. Bila orang turunkan balai baru dapat balik banyak-banyak bulu tangkis.
  5. Jadi kendarat.. ala.. bukan kendarat sangat pun.. takat bagi gula-gula je pun..
  6. Waktu tu Achik dan Pak Busu khatam Quran.. depan Arwah Wan Haji.. Waddhuha..
Besok kenduri pertunangan.. belum lagi kenduri perkahwinan... tapi, akan ada ciri-ciri umum setiap kenduri la, kaum-kaum ibu di dapur potong-potong cili, kaum-kaum bapa potong ayam.. masak bersama-sama.. susun hidangan dalam dulang, dulang untuk lelaki, orang lelaki angkat ke atas, dulang untuk perempuan makan di depan.. nenek-nenek yang datang menolong suka makan di dapur.. kita yang diajak-ajak oleh makcik-makcik yang sedang makan di depan, join seround jugak.. curi tulang.. habis kenduri, gadis-gadis kemas-kemas, dan yang utama basuh pinggan yang menggunung.. Seronok sebenarnya basuh pinggan ni bila berjemaah.. Dah rancak mencuci pinggan, rancak jugak mulut berjalan. Segala macam cerita nenek kebayan la keluar nanti. Tapi, tak best kalau jumpa katak.. Aiya.. janganlah katak keluar besok dekat bilik air belakang tu..

Waktu si gadis-gadis dan anak dara ni tengah sibuk mengemas, mana pergi anak-anak bujang? Main bola.. tengok Naruto..

Kenduri itu memenatkan, tapi seronok. Kali ini lebih menyeronokkan sebab kita meraikan Pak Busu dan beri alu-aluan kepada bakal Mak Busu. Lepas selesai kenduri ni, boleh buat persiapan untuk kenduri pernikahan pulak.

Eh, bila baca balik, teringat pula 2 tahun lepas ada terima orang baru juga.. kenapa tak ingat tadi ya.. Oh.. tiada kenduri...

7 comments:

Anonymous said...

heheheh... 2 tahun lepas ya.. org 'baru' tu dah keluarkan 2 orang baru lagi...kan..kan..kan..

Fadzlin said...

Haha.. itulah.. tak patut betul untuk dilupakan.. tau tak chik, baby yang dibawa balik kali ini, boleh ingat anak dia.. sedangkan Halimah, anak Cik Ati..tak ingat langsung Cik Ati pun ada baby baru... konfius lah!

Anonymous said...

Ko bila lagi nak buat kenduri? Nenek Sareah dah offer kawan Pakdik. Baik sebelum bulan 12. Ada orang nak sponsor budget(marah anak dia).hehe..

Anonymous said...

Itulah.. Nenek pun dah suruh aku ambik bunga rampai orang sebelah, suruh ambik berkat. Ambik berkat apaaa.. nenek oi... Nenek ni, kalau boleh nak dapat orang baru 2,3 orang sekali gus.. satu-satu lah dulu.. Hehe..

Tak naklah kawan Pakdik.

Anonymous said...

Entertaining Entry.
Thanks - for sharing the moments. A brilliant break - for these messy days..

Anonymous said...

Entertaining Entry.
Thanks - for sharing the moments. A brilliant break - for these messy days..

Fadzlin said...

Thanks for saying that it's entertaining.. It's a motivation for me to write more, knowing that I have readers, and they like what I wrote..

Anyway, why don't choose 'Other' identity and tell me who you are.. this anonymous guessing can be tiring.. Hehe..