Monday, June 12, 2006

Kucing ke Ayam?

Adik sepupu di kampung, Ibrahim yang dipanggil Baem. Baru berusia sekitar 3 atau 4 tahun. Sangat sayangkan kucing. Walaupun rasa sayangnya dimanifestasi dengan membuli kucing-kucing yang enam ekor di kampung tu.

Ada ura-ura nak membuang seekor dua kucing di kampung tu. Perbualan dia dengan kakak sepupunya lebih kurang begini:

Nadiah (bukan nama sebenar) : Baem bagi kucing makan tak?

Baem : Bagi.

Nadiah : Tapi, kucing tu makan ayam nenek.

Baem : (Diam)

Nadiah : Jadi, kena buang kucing tu.

Baem : Janganlah buang kucing.

Nadiah : Habis tu?

Baem : Buanglah ayam.

Nadiah : Keh keh keh...


5 comments:

Haizir said...

Baem memang comel.

Fadzlin said...

Hehe.. setuju..setuju..

Anonymous said...

comel lagi makcik Baem

Anonymous said...

watak yang dengan baem tue pun comel gak.

Anonymous said...

mcm kenal sumer watak tu....tak termasuk kucing dan ayam..../iza/