Adik yang hendak ambil UPSR ni, kemaruk main permainan 'Winning Eleven 9' (apa jadi dengan UPSR tu?). Antara kelebihan menonton perlawanan cara begini ialah:
- Boleh mengatur untuk melihat perlawanan apa. Baru sebentar tadi melihat perlawanan England menentang Brazil. Dan England menang. : ) (Oh, anda juga boleh menentukan keputusan perlawanan)
- Boleh membuat drama-drama : "Izzul, buatlah own goal." "Izzul, dive la dekat tempat penalti, bagi dapat yellow card." "Izzul, (yang bermain Brazil) jatuhkanlah Owen dekat tempat penalti tu." "Izzul, tackle la Gerrard tu, biar dapat yellow card." "Izzul, langgarlah pengadil." dan Izzul menjawab : "Tak bolehlah, dah cuba dah.."
- Boleh melihat Michael Owen menjaringkan gol! Ya.. saya sangat rindu pemandangan itu..
- Boleh melihat muka pemain-pemain yang di'digital'kan . Semuanya hodoh-hodoh belaka. (Termasuk Michael Owen..hu..hu..) kecuali Kaka'. Hmm, kenapa ejaannya Kaka'? Adakah sebutannya Kakak?
Di bawah ialah gambar "The Last Supper" karya Da Vinci yang telah di'digital'kan (klik untuk paparan lebih besar). Dipamerkan di sini atas dasar kebebasan media (ha..ha..ha..). Bukan karya saya, ianya saya curi dari Internet.
Go go England!
1 comment:
Ces.. jagalah Cristiano Ronaldo.. jejak je kaki dekat England nanti kena sembelih la dengan hooligans..
Post a Comment