Monday, September 22, 2008

Kami dan Muzik - Bahagian 3

Pak Amjah gemar menyanyi. Suaranya antara yang paling merdu dalam keluarga kami. Sewaktu kami kecil dan dia membawa kami berjalan-jalan di dalam vannya, Pak Amjah suka mendorong kami menyanyi beramai-ramai. Dia amat gemarkan muzik.

Pak Amjah juga memperkenalkan kami kepada muzik genre lain. Dia selalu membawa pulang kaset-kaset Nadamurni dan kumpulan-kumpulan nasyid yang lain seperti The Zikr, atau kumpulan nasyid kanak-kanak. Kami mengenali Munif dan Asri sebelum Hijjaz dan Rabbani lagi. Di satu tahun itu, kami lebih banyak mendengar lagu-lagu raya Nadamurni daripada lagu-lagu raya yang biasa.

Tahun itu juga Pak Busu menunjukkan kemahirannya menyanyikan "Hari..ini..hari..raya.." tanpa menggerakkan mulutnya. (Pak busu tidak boleh terima baca perenggan ini)

Bercerita tentang Hari Raya, sewaktu kecil dahulu saya gemar mengikut keluarga Pak Long keluar beraya. (Tidak tahu malu). Ini kerana Pak Long akan keluar beraya sejurus selepas sarapan raya. Mama hanya akan keluar beraya 'petang-petang sedikit'. Its the early bird that catches the worm. Terjemahan : "Budak-budak yang keluar beraya waktu pagi boleh dapat duit raya dua kali bila dia keluar di waktu petang sekali lagi bersama emaknya". Heh. Sebenarnya itu bukanlah tujuan utama saya 'mengekor' keluarga Pak Long. Duit raya x2 cumalah bonus tambahan. Saya sememangnya memang suka mengekor.

Apapun, di dalam kereta Pak Long sewaktu itu, dia akan memainkan kaset lagu-lagu raya nyanyian pelawak kontemporari (sewaktu itu) seperti Ahmad Busu, Salih Yaacob, dan lain-lain. Antara lagu yang saya masih ingati liriknya :
"Walaupun kau tersenyum, namun orang pun tahu, apa isi begmu itu, dah tentu baju baru, songkok songket pun baru, kasut pun kasut baru, pendek kata semua baru, tak ada yang tak baru..."

(Dah nak dekat raya ni kenangan-kenangan raya pun datang baliklah)

Bahagian 1 di sini
Bahagian 2 di sini

6 comments:

Haizir said...

Lagu nasyid kanak-kanak tu memang best walaupun dah tak ingat lagunya macam mana.
Tak boleh terima suara Pak Amjah paling merdu.

Fadzlin said...

Haha Alin ingat lagi lagu dia macam mana. Dan Alin ingat lagi suasana waktu Pak Busu tunjuk Alin Pak Busu nyanyi tu.

Eh, betullah suara Pak Amjah yang paling merdu. Habis tu suara siapa?

Haizir said...

Suara Pak Busu la. He..he..

Fadzlin said...

Akk. Tak boleh terima.

Haizir said...

Ok, boleh masukkan entri raya pulak.

Haizir said...

Ok, raya pun dah habis. Boleh masukkan entri raya haji in advance pulak.