Sunday, August 27, 2006

Kalian, Selamat Bertunang!

Masih tergambar lagi, masih terasa kegembiraan majlis kenduri tempoh hari. Tahniah pada Pak Busu, dan Kak Rajiha (yang bakal ber'title' Mak Busu insyaAllah tahun depan). Kegembiraan ini berjangkit ye Pak Busu? Dan untuk merasa juga kegembiraan ini, (terutama selepas melihat barang hantaran yang cantik-cantik itu!) terasa seperti nak bertunang juga!



















Gambar ini, ditengok menggunakan komputer fakulti. Tiba-tiba, kawan sebelah berkata,

"Wah.. hensemnya Pak Busu kau Lin.."

"..... hensem ke?"

Haha.. sorrylah atas jawapan tak convincing.

Kemudian, kawan tu yang agaknya teruja selepas melihat kegembiraan majlis pertunangan tu, buat dialog macam ni pulak.

"Lin, kalau kau suka pada Si O ke, Si A ke, cakaplah pada Abang R. Dia boleh tolong 'adjust'kan."

"......."

"Aku, tak bolehlah nak suka diorang. Aku bukan solo."

"Aku Han Solo."

"Hah?"

"......."

Terima kasih atas keprihatinan kalian dengan status 'Single' saya. Terima kasih pada En Anuar yang menyokong dan nak memberi Angah pada saya. Biarlah dia dengan buah hatinya. Budak MCKK memang ditakdirkan dengan budak TKC. Alin hanya anak singkong...

Minggu depan, 30 hb malam nak berlepas ke Alor Star pula. Kali ini, abang kesayangan tanpa pilihan pula nak bertunang. Terima kasih atas tiket bas sponsor! Dan terima kasih pada Mak Ina yang sponsor kasut nak pergi bertunang (abang, bukan saya). Sayaaanng.. Mak Ina!

Frame of mind tengah gembira dengan kebahagiaan orang sekeliling. Kemudian tertanya-tanya bila kegembiraan ini di pihak sendiri. Tiba-tiba..

Di majlis penyerahan Agreement dan penerangan syarat2 tawaran JPA..

"Bla..bla... Anda tidak dibenarkan berkahwin tanpa kelulusan JPA ... blabla.. bla.."

"Hah?!"

4 comments:

Anonymous said...

Jadi orang yang pertama komen. Best2.. Lepas ni kegembiraan di Kedah pulak. Thanks for sharing 'abang' dengan aku. Takpe..sekarang kita rasa dulu kegembiraan orang. Bak kata buku yang Mak Ina baca, kegembiraan ada pada apa yang kita belum dapat(macam tue lah lebih kurang bunyinya). Jadi, sementara belum dapat, gembiralah dulu..
Jom pi Kedah!!(pakai kasut baru jugak-thanks Cik Anuar)

Fadzlin said...

Nadiah : Sharing 'abang'? Apa 'abang' ni? "' '" cuma boleh digunakan dalam kes-kes terpencil ya.. Hehe.. thanks sebab sudi temankan aku ke Kedah. Thanks jugak sebab hantarkan ke kelas tadi (selepas guna taktik memujuk ala Baem). Sayanngg Nadiah jugak.

Don't worry.. aku gembira aja.. Bak kata achik, aku advanced.

Haizir said...

Kredit perlu diberi kepada orang yang ambil gambar.

Fadzlin said...

Oooh.. gitu ya.. hehe, taklah.. Pak Busu memang hensem.. (baik ada makna ni)..