Friday, August 11, 2006

Hiatus

Life happened la.. sebab tu lamaaa tak update blog.. Ada jugak orang yang enquire.. ada jugak pembaca blog ni rupanya.. Hehe..

Kelas dah bermula, cabaran..cabaran.. Jam kredit bertambah hampir sekali ganda dari semester lepas. Ada pulak subject "killer" seperti Operating System, Mathematic Discrete, Data Networking..Takut jugak. Sebelum ni memang ada sumpahan semester 2. Result semester lain elok-elok.. tiba2 semester 2 ada bikin slack. Tapi, azam dah bulat, nak dapat Anugerah Naib Canselor. Tak ada alasan lagi, mesti DL setiap semester. Insya Allah.. istiqamah!

Oh, kata-kata terakhir tu, diambil dari status YM seseorang.. Yang dalam proses "mengenal diri". Tengah ideal kata Achik. Idealis.. Tapi, kenapa lah kan.. bila manusia ni dah berjumpa sesuatu baru, yang dirasakan hendak dicapai, nak mengubah diri, macam meng'reject' segala yang sebelumnya? Tak ada rasa contradict di dalam hati ke macam tu? Tak rasa dia alienate orang2 yang mengenali dia sebelum ni? Bukankah elok reformasi diri secara perlahan-lahan? Revolusi ni tak mengejutkan ke? Tapi, ini pandangan peribadi lah kan, mungkin setiap orang ada cara sendiri.. yang penting keredhaan Allah.. Insya Allah..

Semester ini ada banyak dugaan, banyak juga keseronokan. Semenjak ada 'kenaikan' (baca: kenderaan) ni, macam dah tumbuh sepasang kaki baru. Berjalan "broom broom" sepanjang masa.

Mengenali dan dah mula jatuh cinta dengan Shah Alam sebenarnya. Cantik bandar ini. Lebih-lebih di waktu malam bila bermacam-macam lampu menyala. Bila rasa tak tenteram, berjalan ke Tasik Shah Alam, dan curi-curi naik buaian. Bila kali terakhir anda menaiki buaian? (Buaian besi depan rumah tak kira ya) Naik buaian ni simple pleasure sebenarnya. Sangat seronok! Bila naik tu, cuba naik dengan bersungguh-sungguh. Kalau ada geng naik di sebelah, buat lah race sapa paling tinggi ke..

Sebenarnya, banyak keindahan, keseronokan, ketenangan yang boleh diperolehi dengan mudah dekat dunia ni. Tapi, yang paling utama (in my humble opinion) adalah jangan conflict di dalam hati. Conscience mesti clear.

Falsafah hidup sekarang ini adalah : Fokus kepada perkara yang menyebabkan diri gembira. Semoga bila hati tenang dan gembira, mendapat semangat dan motivasi diri untuk menggembirakan orang lain juga, dan melakukan kerja-kerja berfaedah yang akhirnya menyebabkan kita lebih gembira. E.g: Study = good result = very happy ^_^

Oh, gembiranya entry ni. Entry lepas ni nak list down perkara-perkara yang boleh buat gembira.

2 comments:

Anonymous said...

Ingat tak naik buaian di Lake Garden bersama makcik yang best?
Pasti ingat kan? He..he..he.. lebih-lebih lagi bersama makcik yang best itu?....

Fadzlin said...

Hehe.. mestilah ingat.. dahlah malam2.. macam puteri kayangan turun ke taman pulak.. Best.. terima kasih kerana memberi kenangan yang sangat membahagiakan!