Tadi ada rasa tak selesa dekat kaki. Bila diperiksa, rupa-rupanya seluar ada kemuncup. Pelik, mana datang kemuncup dekat rumah ini, yang halamannya penuh berturap.
Teringat dekat kampung halaman, sewaktu penuh dengan kemuncup dulu. Selepas main kejar-kejar, letih mencabut kemuncup dekat seluar. Kemuncup-kemuncup ini, walaupun selepas diguling-guling, dipusing-pusing dalam mesin basuh bukannya nak tercabut. Selalunya, waktu cuti sekolah akan adalah sessi mencabut kemuncup bersama sepupu-sepupu lain, diketuai pakcik yang paling bongsu, dan 2 makcik lagi yang cantik molek (disebut di sini atas permintaan).
Hadiah yang paling menggembirakan bila habis aktiviti tentulah laman yang bersih tanpa kemuncup, sangat sesuai untuk main kejar-kejar, baling selipar, badminton, dll; dan upah ais krim 30 sen daripada atuk yang memanjakan cucu-cucunya.
Kemudian, kemuncup-kemuncup ini muncul lagi pada minggu seterusnya.
2 comments:
salam,
perkataan lain untuk kemuncup: cemucup
Antara 2 makcik yang disebut.. saya rasa makcik yang kecil tu lebih molek agakya..heheheh
Post a Comment