Wednesday, June 16, 2010

Penyokong Menyokong

Malam ini. Pasukan pilihan saya akan bermain, menentang Switzerland pada jam 10.00 waktu tempatan : SEPANYOL!

Penyandang Kejuaraan Eropah

Berkata tentang Piala Dunia, ingin saya bercerita bagaimana saya mula-mula berminat dengan bola. Pada tahun 1998, ketika itu Piala Dunia diadakan di Perancis. Saya berasa kagum apabila mengetahui 'Zinedine Zidane' yang sangat hebat itu ialah seorang Muslim, dan 'Zinedine' adalah salah satu cara mengeja nama 'Zainuddin'. Menurut Pak Busu, selepas Zizou menolong Perancis memenangi Piala Dunia tahun itu, toleransi terhadap penduduk Muslim di Perancis semakin meningkat. Semenjak itu saya rajin menonton perlawanan bola sepak, kagum dengan impak bola sepak dan pada masa yang sama saya selalu mengambil tahu siapakah pemain-pemain Muslim terkemuka dunia.

Menjulang Piala Dunia 1998

Izinkan saya menyimpang sebentar. Dalam perbincangan mengenai Qur'an, Falsafah dan Sains, ada satu 'trend'/fahaman yang agak popular. Ia dipanggil Bucaillism. Dinamakan sempena Maurice Bucaille, pengarang buku The Bible, The Qur'an and Science, penyokong trend ini cuba mencari bagaimana penemuan sains semasa boleh dikaitkan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Teori-teori dan fenomena seperti pasang surut air laut, Big Bang serta pelbagai telah terlebih dahulu disebut di dalam Al-Qur'an mengikut penyokong fahaman ini. Antara pengarang yang 'masuk' dalam kategori ini ialah Harun Yahya.


Namun terdapat kritikan terhadap trend Bucaillism ini. Kritikan paling vokal terhadap bahaya menghubungkan ayat-ayat suci Al-Qur'an dengan teori-teori sains ialah bagaimana bila teori sains yang dihubungkan ini terbukti salah? Adakah ia juga membuktikan bahawa ayat-ayat Al-Qur'an itu salah?

Di internet terdapat banyak perbalahan antara golongan penyokong Bucaillism dan mereka yang 'anti-Bucaillism'. Pembacaan menarik.

Apa pula kaitannya dengan bola? Sebelum ini saya mengagumi pemain-pemain bola Muslim. Namun.. Muslim sayangnya tidaklah bermakna mereka ini mempunyai sifat terpuji. Contohnya apabila Franck Ribery dan Karim Benzema sama-sama ditahan kerana skandal pelacur bawah umur. Aduh!

Jadi, saya kini tidak lagi selektif dalam memilih pemain untuk disokong. Semua mereka sama di mata saya. Kriteria 'saudara seIslam' sudah tidak ada, sebaliknya saya melebihkan cara dan skil permainan. Jika pemain itu juga 'cute', ianya bonus.

Budak Katolik

5 comments:

Haizir said...

Pak Busu mengaku bersalah menyebabkan Alin minat bola.

Hussin said...

My condolence for Espana's loss in its first game. There are still two more games though and in a weak group they should still qualify.

I do not have a favorite team in the World Cup but I hope France do not qualify for the knock-out stage. I am also hoping for an African and an Asian country to do well.

Fadzlin said...

Pak Busu : bola ini sungguh memeritkan!

Pak Long : the underdogs have performed really well so far! but I don't like it when it is at expense of Espana. Hope they can get out of the group.

France.. my how the mighty have fallen. I really don't like their players attitude. Masing-masing buat kepala sendiri.

nadiah said...

Semalam tengok Brazil lawan Ivory Coast. Kesian Kaka. Huhu. Tapi, kena keluar padang pun masih comel. :)

Fadzlin said...

Piala Dunia kali ni ada banyak questionable decisions from the referees.

Vuvuzelas sangat membingitkan! Lepas ini tak boleh buat Piala Dunia di South Africa lagi.