Doraemon mula-mula saya kenali dengan menonton anime (kartun) nya yang ditayangkan di TV. (Kartun Doraemon ini nampaknya begitu evergreen. Saya baru saja selesai menonton satu episod di NTV7 sebentar tadi). Kemudian pada sekitar tahun 1992 (jika tidak silap) Syarikat Penerbitan Tora Aman mula menerbitkan komik Doraemon secara bersiri.
Saya masih ingat, Mama mula membelikan komik Doraemon untuk saya semenjak keluarannya yang pertama. Sewaktu itu cuti sekolah, dan seperti selalu saya berada di kampung. Mama membawa komik itu ke kampung untuk bacaan saya. Sewaktu Mama sampai, saya tidak berada di rumah Nenek, sebaliknya di rumah Tok Ali. Apabila saya sampai di rumah Nenek, Mama memberitahu dia ada membeli komik Doraemon untuk saya. Wah! Saya sangat seronok. Tetapi kemudiannya saya mendapati komik itu sedang dibaca Nadiah. Mak Lang menyuruh Nadiah memberikan komik itu kepada saya, tetapi Mak Chah (dan keadilan sosialnya) memberi arahan kepada saya untuk menunggu giliran. Saya menunggu dengan tidak sabar-sabar.
Maka bermulalah kisah cinta saya dengan komik-komik Doraemon. Komik-komik ini menjadi peneman zaman kanak-kanak saya. Saya berasa amat kagum dengan imaginasi pengarang Fujio F. Fujiko. Komik ini menceritakan tentang pelbagai perkara, daripada apa yang menyebabkan kepupusan Dinosaur, kepentingan menjaga alam sekitar, dan pelbagai lagi konsep-konsep sains dan sosial.
Namun melebihi kekaguman saya dengan jalan cerita yang pelbagai, saya merasa dekat dengan watak di dalam komik itu. Seperti Nobita saya (ketika itu) adalah seorang anak tunggal, dan saya juga seorang pelajar sekolah rendah. Saya juga teringat membandingkan Mama saya dan Mama Nobita. Kedua-duanya memakai cermin mata tetapi di situ persamaan berakhir. Di mana Mama Nobita ialah seorang yang sangat garang, saya teringat memikirkan bahawa Mama saya tidak garang (sekurang-kurangnya tidak segarang Mak Chah dan keadilan sosialnya).
Terdapat satu ketika, dua keluaran Doraemon telah keluar tanpa kami sedari. Sewaktu kami ke kedai Titian Emas yang berdekatan dengan sekolah, Mama membelikan saya kedua-dua keluaran Doraemon itu untuk saya. Seorang budak Cina yang juga berada di kedai itu pada ketika itu seperti kagum dan berkatakannya kepada kami. Mama membalas;
"Ialah budak ini, emak dia sayang dia."
... Doraemon akan sentiasa mengingatkan saya tentang zaman kanak-kanak saya. Namun yang penting sekali, Doraemon akan sentiasa mengingatkan saya tentang kasih Mama kepada saya.
Terima kasih Mama. Selamat Hari Ibu.
7 comments:
So many new entries, so many comments, and I'm so excited reading each one. Believe it or not, I come to the entries sharing the same pathways as Mak Ina
Google -> haizir blogspot -> Alin -> Keluarga Othman (Recent Entries)
Terima kasih kepada 'graduan IT' heheheh....
By the way, apology for 'cleaning up' your Doreamon.
Alin,
Sebab mama belikan komik Doraemon ialah untuk pupuk minat membaca, dan nampaknya ianya berjaya, bermula dari komik kemudiannya berpindah ke buku-buku lain. Insan pun mama rasa dia minat membaca sekarang sebab mula dengan komik, Shin Chan, Gempak dan Doraemon.
Terima kasih untuk 'treat' Hari Ibu semalam. Diharapkan menghargai ibu tidak setakat pada Hari Ibu sahaja. Ia sepatutnya dengan mendengar segala nasihatnya, tidak membantah kata-katanya dan membantu tanpa diminta pertolongan olehnya.
Selamat Hari Ibu Mak Ngah..
Achik : Ada bagus jugak rupanya degree IT Alin untuk keluarga. Hehehe.
By the way, most of my Doraemon books are here, in USJ so they are saved. Dragonball, Slamdunk, Yuyu Hakusho etc don't share the same fate unfortunately.
Mama : InsyaAllah..
Nadiah : Kirim ucapan Selamat Hari Ibu untuk Mak kau jugak!
Slam Dunk lama-lama tu nak kena cari balik!
lina punye satu kotak slam dunk hancur di tangan monster AIZAT and HANI...sedih2..
AHHH sedihnya! Ini nak kena beli koleksi baru ni!
Post a Comment