Thursday, February 18, 2010

Meeting Pertama AJK Hari Keluarga Othman

Malam Ahad lepas, selesai kenduri tahlil di kampung, saya dan Nadiah telah memanggil sepupu-sepupu untuk mengadakan mesyuarat mengenai perancangan kami untuk mengadakan Hari Keluarga yang telah lama tidak diadakan. Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dan kami berdua sangat berbangga dengan penyertaan semua pihak.

Mesyuarat telah dihadiri oleh :
1. Nadiah
2. Fadzlin
3. Muhammad
4. Ahmad Sobri
5. Muhd Hafiez
6. Abd Muiz
7. Aminah
8. Muhammad Firdaus
9. Nafisah
10. Naziha
11. Haslina - Mak Ina sebagai pemerhati/penasihat/wakil adik beradik keluarga Othman

Mesyuarat telah memutuskan beberapa perkara :

1) Pelantikan AJK Hari Keluarga.
Terdapat 7 Jawatankuasa yang telah dikenal pasti, dan ahli-ahlinya adalah seperti berikut :

AJK Kewangan
-Firdaus
-Nadiah

AJK Makanan
-Muhammad
-Ahmad Sobri

AJK Malam Keluarga
- Abd Muiz
- Aminah
- Abd Rahman *

AJK Riadah
- Nafisah
- Naziha
- Ahmad Afiq *

AJK Kerohanian
- Khairul Amir *
- Muhd Izzul *
- Muhd Hanif *

AJK Dokumentasi
- Muhd Hafiez
- Ahmad Aizat *

AJK Logistik
- Nurlina *

* menandakan ahli tiada sewaktu mesyuarat, jawatan diberi berdasarkan cadangan ahli-ahli mesyuarat.
** AJK boleh meminta pertolongan ahli keluarga lain yang masih belum diberikan portfolio untuk diserap masuk ke jawatankuasa masing-masing


2) Tentatif Hari Keluarga
Boleh dilihat di sini.

3) Cadangan Tempat Hari Keluarga
Pusat Latihan LKIM @ Camar Laut Bagan Lalang, Sepang
Penerangan mengenai tempat boleh dilihat di sini.

4) Budget Hari Keluarga
Tidak disebut disini atas sebab-sebab tertentu.

5) Mesyuarat Kali Kedua
Akan diadakan pada 14 Mac 2010 di rumah Mak Ngah di Subang Jaya.

Perkara yang tidak dapat diputuskan di mesyuarat adalah tarikh sebenar hari keluarga akan diadakan. Ini kerana cadangan tarikh pada 12, 13 Jun 2010 mendapat beberapa tentangan. Penentuan tarikh memerlukan perbincangan dengan adik-beradik keluarga Othman yang lain dan akan diumumkan di mesyuarat kali kedua pada 14 Mac 2010.

Semua ahli jawatankuasa yang menawarkan diri masing-masing nampak begitu bersemangat untuk menjayakan Hari Keluarga Othman. Sobri dan Muhammad sudah terfikir-fikir menu untuk dihidangkan, Aminah dan Muiz mengadakan mesyuarat mereka sendiri selesai mesyuarat rasmi, Kak Chik dan Nafisah pula bertanyakan bajet tambahan yang mereka boleh dapatkan. Kita doakan Hari Keluarga Othman 2010 akan dapat dijayakan dengan cemerlang, InsyaAllah.

4 comments:

Hussin said...

To all self appointed AJK,

Good work and good luck in your planning. You all have my fukllest support.

Paklong

Fadzlin said...

Thank you Pak Long! We appreciate it very much.

Anonymous said...

Aleen @ Kepimpinan Baru,

Tahniah berjaya mengadakan mesyuarat. Tahniah juga untuk usaha Aleen dan semua. Teruskan perjuangan. Kerja-kerja sukarela sebegini sangat membanggakan mak ina.

Haslina Othman
PJ

Fadzlin said...

Mak Ina : We have very good mentors! Ini kepimpinan terpimpin. :D