Sebagai seorang yang pergi ke Kay Ell naik bas, saya dah selalu sangat naik kedua-dua bas ini. Biar saya nyatakan awal-awal pemenangnya ialah Bas Metro. Mengapa?
Bas Rapid
- Selalu sangat rosak. Pernah sewaktu saya naik Bas Metro No. 13, sebuah bas Rapid rosak di Bus Stand Klang, menghalang semua bas lain yang nak lalu. Siapa lagi yang tolong menolak bas Rapid ni? Pemandu dan konduktor Bas Metro juga.
- Bukanlah tak pernah rosak, tetapi apabila rosak, bas gantian tidak perlu tunggu dengan lama. Sempit/sesak belakang kira.
- Pakcik Bas Rapid suka marah-marah. Tidak diketahuilah pula kenapa mereka begitu moody. Mungkin sebab tak ada geng/konduktor yang boleh dibawa borak. Orang naik pintu belakang : marah. Orang tekan loceng bukan pada perhentian : marah. Orang tiada duit kecil : marah. Orang tak bergerak ke belakang : marah.
- Pemandu-pemandu Bas Metro kebanyakannya periang belaka. Ada sekali, bertalu-talu loceng bas ditekan oleh beberapa orang yang berlainan. Kalaulah Bas Rapid, alamat dah kena marahlah semua. Pemandu Bas Metro ini pula; "Ha, turunlah kambing-kambing sekalian.."
- Konduktor Bas Metro kebanyakannya telephatic. Kalau kita bagi RM 5, bakinya mesti RM 3. Tahu-tahu sahaja kita hendak ke USJ.
- Enjin auto. Tak pick-up. Tak laju. Tak best.
- Enjin manual. Pick-up bila lampu hijau. Bila jammed, pemandu akan ikut jalan mana-mana yang tak pernah lalu dan tiba-tiba ajaib keluar balik dekat federal highway.
- Tidak nampak beza menaiki Bas Metro di tahun 90-an, dan tahun 2000-an ini. Lagu-lagu yang dipasang selalunya lagu-lagu Slam, Ukays, Spring, Terra Rossa, Wings, Gersang.. Agaknya lagu-lagu ini yang sedap didengar sambil membawa bas. Saya tidak kisah, malahan sangat suka.
- Kononnya zaman serba canggih, hampir setiap bas ada dua biji televisyen. Namun yang ditayangkan iklan-iklan dan rancangan-rancangan tv yang diulang-ulang. Kadang-kadang siri Puteri episod dua kurun lepas, dan kadang-kadang siri Bella lakonan paling tak hebat Elly Mazlein. Eee yucks.
No comments:
Post a Comment