Tuesday, May 23, 2006

Kemuncup

Tadi ada rasa tak selesa dekat kaki. Bila diperiksa, rupa-rupanya seluar ada kemuncup. Pelik, mana datang kemuncup dekat rumah ini, yang halamannya penuh berturap.

Teringat dekat kampung halaman, sewaktu penuh dengan kemuncup dulu. Selepas main kejar-kejar, letih mencabut kemuncup dekat seluar. Kemuncup-kemuncup ini, walaupun selepas diguling-guling, dipusing-pusing dalam mesin basuh bukannya nak tercabut. Selalunya, waktu cuti sekolah akan adalah sessi mencabut kemuncup bersama sepupu-sepupu lain, diketuai pakcik yang paling bongsu, dan 2 makcik lagi yang cantik molek (disebut di sini atas permintaan).

Hadiah yang paling menggembirakan bila habis aktiviti tentulah laman yang bersih tanpa kemuncup, sangat sesuai untuk main kejar-kejar, baling selipar, badminton, dll; dan upah ais krim 30 sen daripada atuk yang memanjakan cucu-cucunya.

Kemudian, kemuncup-kemuncup ini muncul lagi pada minggu seterusnya.

Thursday, May 18, 2006

Isu

Kalau isu dalam kereta Proton = auto window yang malfunction lepas berapa lama;

Isu ubat gigi colgate = Penutup tak boleh tutup lepas baru berapa kali guna.

Wednesday, May 17, 2006

Perihal Mengajar

Esok, adik yang bongsu, sedang darjah 4, ada ujian subjek 'Teknologi Maklumat dan Komunikasi'. Tengok buku teksnya tadi, (selepas arahan mak yang keluar sebab urusan Takafulnya). Buku teks yang penuh dengan ayat-ayat, fakta-fakta, tulisan-tulisan, tanpa satu gambar pun! Bab yang masuk periksa ialah Microsoft Powerpoint. Jadi, adik sekarang sedang sibuk menghafal dengan kuat, dan yang terdengar sampai ke bilik ini ialah "Klik Next, Klik Next, Klik Ok, Tekan tetingkap Close."

Pelajarannya dibahagikan kepada topik-topik seperti "Membuat Presentation menggunakan Template", "Membuat Presentation menggunakan AutoContent Wizard", dan seterusnya. Semuanya penuh dengan langkah-langkah 'step-by-step' yang bagi pandangan saya, (graduan Diploma IT dan kini undergrad Degree IT) doesn't make sense at all. Akhirnya, lahirlah pelajar-pelajar yang menghafal tapi tidak memahami apa yang di ajar. (Teringat kes kawan-kawan yang menghafal contoh karangan untuk menjawab soalan peperiksaan PMR)

Memanglah satu usaha yang murni nak memperkenalkan subjek IT ni kepada budak sekolah. Tapi, macam hentam kromo aje. Tak tahulah kalau ada buku teks rasmi lain yang di'endorse' oleh Kementerian Pelajaran, tapi buku yang diguna adik tu, se'menarik' Buku Panduan Telefon.

Kasihan kanak-kanak generasi sekarang. Sudahlah diseksa belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Selalu pula menjadi bahan ujian menteri-menteri pelajaran yang bertukar ganti. Gerun pula memikirkan bila Pendidikan Seks di sekolah nak diperkenalkan nanti.

Tuesday, May 16, 2006

Tentang Halus

Memanglah suatu yang tidak semenggah memulakan blog ini dengan bercerita tentang perasaan. Entri seperti ini mungkin lebih sesuai di dalam jurnal, diari peribadi sendiri. Namun, untuk membalas keikhlasan jawapan seseorang atas sebuah soalan yang (dalam ayatnya sendiri) memb*ngongkan, mungkin alasan atas kemunculan soalan itu perlu diterangkan.

Secara ringkasnya, ia muncul setelah menunggu selama # tahun untuk meng'upgrade' status sendiri. Akhirnya, pada Hari Belia 2006 tiba-tiba menjadi berani untuk bertanyakan soalan 'maut' tu. Tapi, soalan maut bermakna ajal. Kalau sebelum ni secara degil berpegang pada pepatah 'Berpantang maut sebelum ajal', (alasan untuk bersifat penakut) kali ini keberanian tu secara langsung mendekatkan ajal.

Kenapa ajal? Walaupun 'definite answer' belum dapat pun, intuisi secara kuat mengatakan status sekarang adalah yang tertinggi boleh dicapai.

Tapi, tak apalah. Mati ini mati bermaruah.