Baru-baru ini ketika di kampung Mak Ina bercerita tentang bagaimana dia akan membuka bermacam-macam cerita kepada saya yang tidak henti-henti menangis kerana Mama perlu kembali ke Pulau Pinang selepas Arwah Ayah meninggal dunia. Menurut Mak Ina saya akan diam mendengar cerita dan kembali menangis apabila dia berhenti. Saya terlalu kecil untuk ingat perkara ini, tetapi saya ada ingat Mak Ina bercerita kepada saya selepas saya menangis kerana Mama perlu pulang ke Kuala Lumpur (naratif yang sama) ketika saya bertadika di kampung. Saya masih ingat watak cerita itu adalah seekor kucing bernama McGyver.
Saya juga ingat sewaktu kecil sebelum tidur Mama akan bercerita, "bedtime story" if you may. Saya tidak ingat cerita lain, tetapi Mama selalu akan berceritakan tentang Arnab dan Kura-kura. Saya sangat sukakan cerita ini dan sentiasa meminta Mama mengulang-ulang cerita yang sama. Saya masih ingat, Mama mengisahkan kura-kura itu jalan dengan begitu lambat dengan bunyi "ketak, ketuk. ketak, ketuk".
Apabila saya sudah boleh membaca, it was like a whole new world opened up for me. Saya tidak perlu menyuruh orang membacakan kepada saya, dan apabila pergi ke kedai buku saya boleh memilih apa saja buku yang saya mahu. It was heaven. Trip ke Jasin tidak lengkap tanpa singgah di Koperasi Buku dan saya akan mengambil masa yang sangat lama untuk memilih buku yang saya hendak.
I think one of the best stories to tell is Sirah, and kisah-kisah Nabi. Mama used to buy me multiple books on it and I can still remember the illustrations. In my short-lived stint being a Sekolah Agama student in Masjid Subang Jaya, saya tidak ingat tentang apa-apa mata pelajaran lain (and there was a lot of subjects: tajwid, akhlak, khat etc), but I still remember the Sirah lessons. It was fun because we didn't have to do anything, cuma mendengar kisah Nabi Muhammad daripada ustaz, and he really was a good story-teller.
Currently I'm watching a series of lecture by Shaykh Yasir Qadhi on Surah Yusuf, and he said, this surah was a gift from God to Prophet Muhammad. Baginda baru saja kehilangan isteri kesayangan Siti Khadijah dan pakciknya Abu Talib. This story is meant to entertain the Prophet among many others. Kisah Nabi Yusuf adalah cerita Nabi yang saya amat suka semenjak saya kecil lagi. Knowing the loving source of it, I can't help thinking "Ah, no wonder" :)
Pada pendapat saya, tradisi bercerita dan minat membaca adalah hadiah paling istimewa yang boleh diberikan untuk seseorang. Terima kasih Mama untuk hadiah ini. I hope that I can give the same gift to someone in the future. Here, have the video I'm currently enjoying: