Friday, November 28, 2008

Sedu di Mumbai

Ketika ini kawan-kawan dan saudara-saudara kita di Mumbai sedang berdepan dengan serangan di tanah air mereka. Perdana Menteri India memberi kenyataan bahawa kumpulan pengganas yang bertanggungjawab mempunyai kaitan dengan Pakistan. Sebuah kumpulan militia Islam juga sudah mengaku mendalangi serangan.

Saya sangat-sangat terkesan dengan kejadian terbaru ini. Kawan baik saya sekarang berada di India, dihantar syarikatnya bekerja selama 6 bulan. Saya juga turut mempunyai kawan-kawan dari India, salah seorang hampir-hampir terlibat dengan salah satu serangan apabila stesen keretapi yang baru sahaja dia tinggalkan dibom tidak lama selepas itu. Dia kini berada di rumah, dalam perintah berkurung dan menurutnya bandaraya Mumbai kini sunyi sepi. Menurut dia lagi, kebanyakan kawan-kawannya sangat marah, kepada pihak militan, kepada pihak kerajaan yang tidak mampu menangani kejadian ini dengan sebaiknya namun dia sendiri berasa kosong. Dia berkata dirinya merasakan seperti tidak mampu, tidak berdaya dan segala-gala yang dikerjakan seperti usaha kuat dalam kerjaya seolah-olah sia-sia. Tidak ada sebarang jaminan yang boleh memujuk apabila berdepan dengan kejadian seperti ini, perkosaan keamanan yang tidak memilih mangsa.

Malam semalam saya berbual dengan seorang sahabat dari Jerman. Kami sama-sama mengikuti perkembangan terbaru dari Mumbai melalui blog-blog, beberapa forum dan laman-laman berita. Sebuah forum di Jerman menurut Sarah begitu marah dan meletakkan kesalahan terhadap Islam, mengejek gelaran 'Religion of Peace' pegangan Islam. Saya hampir-hampir menangis membaca tulisan-tulisan Sarah, begitu sedih, kecewa dan pada masa yang sama amat risaukan kawan-kawan saya namun Sarah memujuk, mengatakan yang dia tahu agama Islam bukan begitu dan ianya manusia yang memutar-belitkan ajaran untuk kepentingan mereka sendiri. Sarah turut menambah yang: "Ahli-ahli forum itu cumalah mereka yang rendah inteleknya. Kau tidak perlu sedih, Lin. Aku sayangkan kau." Saya hampir menangis sekali lagi, kali ini terharu atas kefahaman yang ikhlas diberikan.

Saturday, November 15, 2008

Cara Tidak Wajar Untuk Memulakan Perbualan

hasrul nizam: slm

Alin: waalaikumsalam

hasrul nizam: sihat?aku sihat je

Alin: alhamdulillah.. sihat

hasrul nizam: ko dah kawin kan?

Alin: hoy bila masa

Sunday, November 09, 2008

Lawak Hari Ini

From The Star, today :

KOTA BARU: Kelantan Umno liaison chairman Tan Sri Annuar Musa has urged Malaysians not to get carried away with Barack Obama, as “we have our own leaders to admire and our issues to resolve”.

“I see people wearing Obama T-shirts. While it is good, let us not get carried away with what happened in other nations.

“I also prefer if people could wear T-shirts bearing Datuk Seri Najib Tun Razak, soon to be our next Prime Minister and Umno president,”



ROFLMAO (Ketawa terbahak-bahak sambil terguling-guling di atas lantai)

Oh my. It seems like Annuar Musa couldn't see the significance from the election of Obama. And how it couldn't be more different with the impending leadership of Najib. Oh the extend of how people would go to ingratiate. EPIC FAIL.