Thursday, December 21, 2006

Cuak

Keputusan peperiksaan semester lepas diuarkan keluar hari ini...


[UPDATE]

Alhamdulillah.. keputusan di dalam lingkungan target awal semester (di akhir semester semua target dah terbang).

I got A for Chess. Eventhough I'm probably the worst chess player ever.

I'm very happy with the result. The best birthday gift ever this year. Now, if only JPA will complete this whole round of perfect gifts by finally installing my money...

Monday, December 18, 2006

Ucapan Terima Kasih

Terima kasih kepada semua yang mengingati Hari Lahir saya yang ke 17... + 5.

Berikut adalah senarai yang memberi hadiah (Macam senarai penerima Anugerah sempena Keputeraan Sultan. Hmm, Sultan punya Hari Jadi, tapi dia yang kena bagi hadiah pada orang? Tak bestnya. Saya lagi best.)

1. Mama - Hehehe.. Kek Keju, dgn duit...
2. Encik ANuar! - Ijho yang comel! Besar banget teddy bearnya!
3. Achik - Beg duit dan Teddy bear yang menyanyikan lagu Krismas. Haha..
4. Mak Ina - Album gambar kaler pink dan ucapan "Selamat Berbahagia". Mahal tu.
5. Nadiah - Key chain Kakashi sensei. (Tak kira.. kau dah dapat loan.. nak hadiah lagi best lagi)
6. Kak Long Aishah - Album gambar dan kad "For you on your wedding". Hui.. Priceless..
7. Mamat - Strawberry yogurt drink. Comelnya mamat!

Special mention untuk nenek, yang masakkan 'kek' Pulut kuning. Kek Kak Yin bak kata Baem. Kek Kak Yin sedap banyak, tak sedap sikit. Yelah, yelah, kek Baem lah yang paling sedap.

Dan terima kasih tidak terhingga juga kepada ramai lagi yang wish di hari itu.

I'm touched.

Tuesday, December 05, 2006

Kemalangan!

Ha.. tidaklah sedashyat (betul ke ejaan ni?) exclamation mark dalam tajuk tu.

Kisahnya begini..

Saya, Mama, Aiman dan Insan mencari tiket ke Puduraya kelmarin (3 Disember) di Melaka Sentral. Jam pukul 4.00 petang. Hari Ahad. Melaka Sentral dipenuhi warga.. warga-warga Malaysia dan hampir 70% warga Indonesia.

Kaunter-kaunter tiket banyak yang mempamerkan papan tanda "Tiket ke Kuala Lumpur hari ini habis". Sudah.. Kalau adapun tiket, pukul 7 ke atas. Risau bila sampai di Puduraya nanti bas ke USJ sudah habis beroperasi.

Penat berpusing ke semua kaunter bas Melaka Sentral, terjumpa kaunter Metrobas Ekspress. Tiket-tiket petangnya semua habis. Ada bas VIP ke KL pukul 5, tapi satu tiket RM45. Mengarut! Bila ditanya, rupa-rupanya masih ada tiket biasa untuk perjalanan pukul 7.30 malam ke KL dan Subang Jaya. Hmm, jika bas terus ke Subang, tak payah risau tertinggal bas di Pudu. Itupun, pada mulanya jurujualnya enggan menjual tiket kanak-kanak.

"Tempat duduk dewasa aja hari ini." Geram saya. Betul-betul geram.

"Kalau macam tu, saya pangku budak-budak ini boleh?"

Dia diam. Kemudian dengan menarik muka dia meminta 2 tiket kanak-kanak dan 2 tiket dewasa kepada seorang lagi jurujual di belakang kaunter. Hah! Adapun. Jumlah kesemua tiket RM30.

Hampir 4 jam kami menunggu di Melaka Sentral ini. Sempat makan di Kedai Nasi Ayam Malaysia dan Solat jama' Maghrib dan Isya' di Surau. Betul-betul pukul 7.30 kami bergegas ke Pintu H. Bas itu sudahpun penuh. Tempat duduk kami 4 kerusi sebelum barisan terakhir. Insan duduk betul-betul di sebelah Pintu Kecemasan. Sempat saya berlawak,

"Eh? Insan duduk sebelah Pintu Kecemasan? Nanti kalau ada kecemasan Insan bukak tau." Insan hanya tersengih.

Ada penumpang berkopiah hijau naik bersama seorang anak lelakinya yang berumur kira-kira 4 tahun. Tiada tempat duduk lebih lagi rasanya ketika dia membeli tiketnya kerana dia memangku budak kecil itu di tempat duduk paling belakang. Anaknya merengek-rengek kerana tidak selesa. Dia memujuk anaknya dengan mengatakan dengan duduk di tempat itu dia dapat lihat semua orang di hadapan. Kasihan amat saya padanya.

Sebelum bas mula berjalan, pemandu bas memberi arahan sebegini

"Saya mintaklah kepada semua yang membawa makanan dan minuman, tolong jaga kebersihan bas ini." Oh, okay.. Saya menyuruh Aiman dan Insan membaca doa. Sebenarnya saya tak hafal doa naik kenderaan. Jadi, saya mengaminkan saja doa mereka.

Bas mula bergerak. Aiman mengeluarkan Gameboy Advance SP dan mula bermain Pokemon Ruby. Cartridge yang baru kami beli hari Jumaat yang lepas di Summit. Dengan seorang Jurujual Cina kelakar, loyar buruk bernama Leon Lai. Supaya senang orang ingat katanya. Kak Lin Aiman mula menjalankan aktiviti biasa bila menaiki bas ekspres. Saya tidur.

Apabila terjaga, bas sudah tersekat di kesesakan "Sumpahan Senawang-Seremban". Jam digital di hadapan bas menunjukkan jam 8.45 malam. Wah, laju betul bas ini.

Agaknya bosan dengan jalan utama yang penuh sesak, pemandu menghalakan bas ke laluan kecemasan. Bas meluncur laju. Dalam hati menyumpah pemandu ini. Saya memang anti mereka yang menggunakan laluan kecemasan. Pentingkan diri sendiri, tidak mengikut peraturan. Saya amati tiada penghalang di antara laluan kecemasan ini dengan parit besar di sebelah kirinya. Di hati terlintas kalau bas ini tergelincir, tiada yang menjadi pendinding antara bas dan parit.

Aiman pergi ke tempat duduk Mama dan Insan. Dia sudah bosan agaknya dengan Pokemon dan Kak Linnya yang senyap aja selepas bangun dari tidur. Dia perasan bas ini lalu di laluan kecemasan.

"Mama, bas ni lalu kat sini, ma."

Kurang beberapa saat selepas dia menuturkan kata-kata itu, pemandu hilang kawalan dan bas tergelincir masuk ke dalam parit. Bas menyenget!

Penumpang-penumpang menjerit ketakutan. Mama sudah beristighfar. Saya panik, tidak terkata apa-apa. Dalam hati memikirkan adakah bas ini akan berhenti menyenget sebentar lagi, atau dia akan terbalik? Saya paling risaukan Aiman, Insan dan Mama sewaktu itu. Syukur, bas itu berhenti bergerak. Aiman dan Insan saya tolak ke bahagian kanan bas. Saya suruh mereka duduk di situ, tak bergerak. Ianya agak sukar, kerana bas itu kini cerun ke arah kiri. Saya bimbang jika kami sekalian penumpang memberikan beban yang cukup untuk ia akhirnya terbalik.

Pakcik berkopiah hijau bangun, anaknya berjalan ke depan, melulu. Agaknya, kacau dengan segala apa yang berlaku. Saya memanggil adik itu. Dia menangis. Ayahnya memujuk dia. Dia kemudiannya ke tempat duduk Insan, dan membuka Pintu Kecemasan. Dia melompat turun dan kemudian mengangkat anaknya turun.

Dalam kegelapan itu, saya membongkok mencari selipar Mama. Aiman dan Insan turun dahulu dengan bantuan pakcik. Setelah diketemui, saya turun menggunakan Pintu Kecemasan. Sangat tinggi! Pakcik itu pada mulanya seperti mahu menghulurkan bantuan. Tidak apa, saya memakai seluar jeans. Saya melompat. Adui. Sakit. Kemudian membantu Mama, dan seorang lagi Makcik turun.

Kesemua penumpang turun. Kemudian masing-masing menelefon memberitahu kejadian yang berlaku. Saya teringat yang Pak Long juga balik ke KL pada malam itu. Mama menelefon Pak Long. Dia masih di Pedas. Katanya, jika dia nampak bas di dalam parit nanti dia akan berhenti.

Dalam ramai-ramai penumpang, ada seorang makcik ini yang paling marah. Dia kata abang angkatnya pemilik Metrobas ini dan dia mahu buat aduan. Saya menambah bara dengan menyokong; "Report! Report!" Haha..

Atas usaha pemandu bas itu yang kini dibenci sekalian penumpang, bas dapat keluar dari parit. Penumpang kesemuanya naik semula. Bunyi telefon masih tidak berhenti. Penumpan-penumpang juga masih tidak berhenti membincangkan kejadian sebentar tadi. Bas berjalan kembali. Tiba-tiba makcik yang marah-marah tadi bangun.

"Encik pemandu, tadi encik minta kami jaga kebersihan bas ini. Sekarang, saya mintaklah tolong jaga keselamatan penumpang."

Pemandu itu menjawab. "Iya.."

Saya gelak di belakang. Terkena sebijik pakcik bas ni.

Mama kemudiannya cakap;

"Ha, tadi Alin kata Insan kena buka Pintu Kecemasan ini kan. Kan dah jadi. Lain kali jangan cakap yang bukan-bukan lagi."

Ha.. terkena saya sebijik.